suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Asalkan terisi dengan anak” - Wanita belum ada zuriat harap dapat peluang hadap rumah ‘tongkang pecah’, sapu nasi berterabur

Rumah yang tidak mempunyai anak kecil sememangnya lebih kemas dan teratur. -Gambar hiasan AI

RUMAH bersepah dengan permainan, nasi bertaburan di lantai dan dinding penuh contengan antara perkara yang sering mengundang keluhan ibu bapa ketika membesarkan anak-anak.

Perasaan marah dan geram pula akan muncul apabila rumah yang baru selesai dikemas dan dibersihkan, kembali berselerak dalam sekelip mata.

Namun, hakikatnya, suasana menguji kesabaran itu jugalah didambakan kebanyakan ibu bapa termasuk mereka yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.

Meluahkan perkara sama, wanita ini turut berkongsikan keadaan rumahnya yang kelihatan kemas dan bersih kerana belum mempunyai cahaya mata meskipun perkahwinan telah mencecah enam tahun.

Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berhadapan dengan situasi rumah berselerak dan dinding penuh 'karya'. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berhadapan dengan situasi rumah berselerak dan dinding penuh 'karya'. -Gambar hiasan AI

"Rumah orang yang tak ada anak memang nampak kemas, hakikatnya sunyi. Aku pun dah berkahwin enam tahun," luahnya di Threads.

Dia yang menantikan kehadiran cahaya mata turut menyatakan kesanggupan sekiranya rumah yang didiami berada dalam keadaan berselerak dengan permainan mahupun makanan yang bertaburan di lantai.

Baginya, fasa membesarkan anak sendiri lebih bermakna daripada keadaan rumah yang sering disifatkan sebagai 'tongkang pecah'.

  • Rumah bersepah, nasi bertaburan dan dinding berconteng sering mengundang keluhan ibu bapa, terutama apabila kediaman baru selesai dikemas.
  • Namun, suasana itu dirindukan seorang wanita yang masih menantikan cahaya mata selepas enam tahun berkahwin.
  • Menurutnya, rumah tanpa anak mungkin kelihatan kemas dan bersih, tetapi hakikatnya terasa sunyi.
  • Dia sanggup berdepan rumah berselerak, tangisan anak dan tidur malam terganggu, asalkan dapat merasai pengalaman membesarkan zuriat sendiri.
  • Luahannya mengundang doa warga maya, malah ada ibu bapa mengakui tersentak kerana sering merungut tentang gelagat anak di rumah.

"Biarlah rumah bersepah dengan permainan anak, berterabur dengan nasi, dengar suara anak menangis, tak dapat tidur malam atau dinding penuh dengan contengan pensil warna.

"Tak mengapa, asalkan rumah ini terisi dengan kehadiran anak," luahnya sayu.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menitipkan doa supaya dia berpeluang memiliki zuriat suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau gedik mengandung lagi!” - Wanita hamil anak keempat terkedu dituduh tamak rezeki zuriat, tak hormat perasaan kawan TTC

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti

"Semoga dikurniakan anak-anak soleh dan solehah buat penyeri keluarga, rezeki juga awak dah ada yang menanti di syurga.

"Saya baca ni tersentak sebab saya bebel dinding kena conteng, almari baju terkepak, meja kerja saya terbelah dua skru hilang merata, rumah tak macam rumah.

"Semoga diberikan rezeki cahaya mata dan siap sedia rumah diconteng," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain