suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat tumpang makan di rumah mak bertukar drama air mata, wanita ternampak baki akaun bapa RM1.09... Rasa diri gagal sebagai anak sulung

Seorang anak pasti ingin melihat kedua-dua orang tuanya hidup senang dan bahagia. -Gambar hiasan AI

RUMAH ibu bapa sering menjadi tempat anak-anak mencari ketenangan ketika dihimpit kesusahan walaupun ada kalanya insan yang diharapkan itu turut menyimpan seribu macam masalah.

Seperti kisah seorang wanita ini, kunjungan bersama anak-anak ke rumah orang tuanya berakhir dengan deraian air mata selepas terlihat baki akaun bank bapanya yang berbaki RM1.09.

"Aku bawa anak-anak pergi rumah mak dengan alasan anak-anak rindu atuk dan nenek walapun sebenarnya nak tumpang makan.

"Sampai je rumah nampak mak dan ayah tengah makan mi segera, aku pun minta telur dan goreng untuk anak-anak," luahnya di Threads.

Makan bersama dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga. -Gambar hiasan AI

Makan bersama dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun hatinya mula di selubungi perasaan sebak apabila tanpa sengaja terlihat bapanya membuka akaun bank dalam talian sebelum mereka pulang.

Baki yang tertera membuatkan dia berasa gagal sebagai anak sulung kerana belum mampu membantu orang tuanya sebagaimana diharapkan.

"Tak sengaja nampak bapa tengah buka Maybank2u dia. Nampak baki duit tinggal RM1.09. Tiba-tiba tekak rasa perit, mata rasa berair.

  • Seorang wanita membawa anak-anak menumpang makan di rumah ibu bapanya dengan alasan mereka merindui datuk dan nenek.
  • Sebaik tiba, dia mendapati kedua-dua orang tuanya sedang makan mi segera lalu meminta telur untuk dimasak buat anak-anak.
  • Hatinya sebak apabila tanpa sengaja terlihat baki akaun bank bapanya hanya tinggal RM1.09.
  • Berasa gagal sebagai anak sulung, dia menyelitkan RM10 ke dalam beg bapanya secara senyap sebelum menangis sepanjang perjalanan pulang.
  • Suri rumah berkelulusan ijazah itu berharap kehidupannya bertambah baik, manakala netizen tampil memberikan sokongan dan semangat.

"Terasa sangat gagalnya di situ sebagai anak sulung. Godek-godek beg dapat RM10, selit dalam beg bapa, dia tak tahu," luahnya yang merupakan suri rumah berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi.

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana merasakan diri belum mampu berbakti kepada ibu bapa.

Dia turut menyifatkan 2026 sebagai tahun yang sangat mencabar dan berharap tahun mendatang membawa perubahan lebih baik buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu malu, kini rindu nak pimpin tangan... Kisah ayam goreng buat hati pemuda luluh, baru tersedar pengorbanan bapa kerja buruh kasar

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pura-pura dungu demi elak buat kerja rumah, sengaja beli daging busuk! - “Mak aku ‘enabler’ kebodohan ayah”

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya tampil memberikan kata-kata sokongan.

"Fikir positif, mungkin inilah turning point awak, semoga berjaya keluar daripada kehidupan selesa untuk memperoleh pendapatan tambahan.

"Semoga dipermudahkan awak, buat masa ini lakukan kerja yang biasa-biasa dahulu," demikian reaksi netizen. 

Artikel Lain