suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu malu, kini rindu nak pimpin tangan... Kisah ayam goreng buat hati pemuda luluh, baru tersedar pengorbanan bapa kerja buruh kasar

Ada sebahagian anak tidak mensyukuri rezeki yang ada pada mereka. -Gambar hiasan AI

ADA segelintir anak yang berasa malu dengan kemiskinan keluarga apatah lagi apabila membandingkan kehidupan mereka dengan rakan-rakan lebih berada.

Perkara sama dirasai seorang lelaki ketika zaman persekolahannya yang malu setiap kali bapanya yang bekerja sebagai buruh kasar datang menjemputnya.

Imbaunya, bapanya sering datang ke sekolah dengan pakaian lusuh malah seluar dipakai masih mempunyai kesan kotoran simen.

"Kalau kawan-kawan lalu, aku sengaja jalan jauh sikit daripada ayah. Takut orang tahu itu ayah aku," katanya.

Kemiskinan menyebabkan ada sebahagian anak malu dengan keluarga mereka. -Gambar hiasan AI

Kemiskinan menyebabkan ada sebahagian anak malu dengan keluarga mereka. -Gambar hiasan AI

Ceritanya lagi, dia terkenang sikap buruknya itu selepas ibunya terjumpa bekas makanan lama milik bapanya yang masih disimpan.

Hatinya luluh apabila ibunya memberitahu bapanya sanggup membawa nasi berlakukkan telur ke tempat kerja hampir setiap hari demi berjimat.

"Ibu kata kalau ada duit lebih, dia nak pastikan saya boleh bawa lauk ayam pergi sekolah. Dia takut saya terasa hati kalau tengok bekal kawan-kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu mak hantar, anak Tingkatan 3 mogok tak mahu belajar! Suruh beli YSuku kalau nak suruh sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit nak sertai hari keluarga, lelaki terpaksa berbohong demi tutup malu - “Tak dapat cuti kak”

Kisah tersebut membuatkan dia terdiam apabila teringat kembali peristiwa bapanya bertanya mengenai menu yang ingin dibawa ke sekolah.

Apa membuatkan dia kesal, dia dengan acuh tak acuh menjawab pertanyaan bapanya selain membuang makanannya kerana sudah kenyang.

"Aku pernah malu berjalan sebelah lelaki yang sanggup makan telur hampir setiap hari supaya anak dia tak rasa rendah diri di sekolah.

  • Anak pernah malu ayahnya bekerja sebagai buruh.
  • Sengaja berjalan jauh ketika dijemput di sekolah.
  • Ayah makan telur demi bekalkan anak lauk ayam.
  • Dia menyesal pernah membuang bekal tersebut.
  • Pengorbanan ayah hanya disedari selepas dewasa.

"Sekarang ayah sudah tidak ada. Kalau boleh ulang satu hari sahaja dalam hidup aku, aku tak mahu ayam itu.

"Aku cuma nak berjalan keluar dari pagar sekolah, pegang tangan ayah kuat-kuat dan bagi semua orang nampak. Ini ayah aku.

"Malangnya, waktu kita sudah faham, belum tentu mereka masih ada di sisi kita," katanya.

Artikel Lain