HARI keluarga boleh dikatakan antara momen yang dinanti-nantikan untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama insan tersayang. Namun, seorang lelaki terpaksa memberi alasan tidak dapat cuti selepas tidak mampu menyertai program tersebut pada tahun ini. Menurutnya, dia sebenarnya malu untuk mengakui keadaan kewangan tidak mengizinkan, malah tahun lalu juga tidak dapat menyertai program sama.Hari keluarga adalah masa untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. -Gambar hiasan AI“Kakak saya telefon tanya kenapa tak ikut hari keluarga tahun ni? Saya diam sekejap sebelum jawab kena kerja kak, tak dapat cuti.“Padahal bukan sebab kerja. Saya cuma tak sanggup nak cakap yang sebenarnya saya tak mampu,” katanya.Katanya, dia pada awalnya begitu teruja apabila adik-beradik mula merancang hari keluarga tahun ini, malah sudah membayangkan anak-anaknya bermain bersama sepupu.“Dalam WhatsApp keluarga, adik hantar gambar homestay. RM500 satu rumah, bahagi ramai-ramai tak sampai RM100 seorang.ARTIKEL BERKAITAN: Kereta isteri lenjan setiap hari, harta sendiri ‘sedekah’ kepada adik... Wanita ‘hidu’ sesuatu tak kena lepas 2 bulan kahwinARTIKEL BERKAITAN: Staf wanita bantah syarikat anjur hari keluarga, takut orang pejabat ‘scan’ latar belakang... Mula nak ‘judge’, buat andaian negatif“Saya terus bayangkan anak-anak mandi kolam, makan ramai-ramai dengan sepupu. Isteri pun nampak teruja dan tanya abang, kita ikut kan? Saya cuma jawab, insya-Allah,” katanya.Bagaimanapun, harapannya berkubur selepas membuat kira-kira perbelanjaan termasuk penginapan, minyak, tol, makanan dan keperluan lain.“Bila campur semua memang tak lepas. Saya tengok baki akaun lama-lama. Akhirnya saya cakap tak cukup duit, sayang.“Memang kami ada simpan duit dari awal tahun, tetapi kereta baru rosak dan perlu overhaul gearbox. Habis semua simpanan untuk baiki kereta. Lelaki terpaksa memberi alasan tidak dapat cuti kerana tidak mampu.Impian sertai hari keluarga terbantut selepas semua simpanan habis.Kos penginapan, minyak, tol dan makan menyebabkan dia memilih untuk tidak turut serta.Anak kecewa selepas terpaksa menerima jawapan “lain kali”.Lelaki berdoa agar rezekinya sekeluarga dilapangkan.Ringkasan ini dijana oleh AI“Malam itu saya nampak baju yang anak dah siap pilih. Dia lipat balik dan simpan dalam almari. Saya cuma mampu pandang,” katanya.Menurut lelaki itu, sebagai seorang ayah, perkara paling berat bukan apabila tidak mampu membeli sesuatu yang diinginkan, tetapi apabila anak terpaksa belajar menerima perkataan 'lain kali' terlalu awal.“Ya Allah, murahkanlah rezeki aku sekeluarga. Aku nak bawa keluarga aku bercuti tanpa perlu bercatu-catu.“Semoga dimurahkan rezeki juga mereka yang berada dalam situasi ini sekarang,” katanya.