suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta isteri lenjan setiap hari, harta sendiri ‘sedekah’ kepada adik... Wanita ‘hidu’ sesuatu tak kena lepas 2 bulan kahwin

Sikap melebihkan saudara mara berbanding pasangan boleh menyebabkan perselisihan faham. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua keputusan yang dibuat suami boleh diterima bulat-bulat oleh isteri, terutamanya apabila ia melibatkan soal pengurusan kewangan serta pemilikan aset dalam rumah tangga.

Isu inilah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita apabila suaminya mengambil keputusan untuk menjual kereta kepada adik sendiri, sedangkan kenderaan tersebut baru dimiliki kira-kira setahun.

Lebih mencetuskan rasa tidak puas hati, suaminya memberi alasan mereka tidak lagi memerlukan dua buah kenderaan memandangkan wanita itu hanya menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Perbezaan pendapat dalam kalangan suami isteri adalah perkara biasa yang perlu diselesaikan dengan cara berhemah. -Gambar hiasan AI

Perbezaan pendapat dalam kalangan suami isteri adalah perkara biasa yang perlu diselesaikan dengan cara berhemah. -Gambar hiasan AI

"Suami nak jual kereta dekat adik dia. Alasannya cukuplah kami guna sebuah kereta sahaja iaitu kereta aku. Aku rasa benda ni sangatlah tak masuk akal apabila dia suruh adik dia bayar RM300 sahaja sebulan.

"Kereta aku yang dia nak guna har-hari ni pula dia nak bayar separuh iaitu RM300 dan selebihnya aku kena bayar sendiri," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didesak pulangkan motosikal, wanita merayu keluarga faham nasib suami nak cari rezeki - “Kami tengah susah, tunggu duit STR”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hitam macam awak!” - Tak matang kutuk Selangor, suami asal Terengganu terus ‘diam membisu’ kena bidas isu kulit gelap

Keputusan suaminya itu benar-benar membuatkannya wanita berkenaan berasa terkilan dan beranggapan dia sekadar diperalatkan demi kepentingan keluarga sebelah lelaki.

"Kereta aku tu dia nak guna untuk kegunaan harian sebab aku pegi kerja naik LRT. Disebabkan kereta tu atas nama aku, dia rasa membazir ke kalau nak bayar penuh?

"Kenapa adik dia kena bayar RM300 sahaja? Sebab dia kesian kat adik dia atau dia rasa aku ni orang luar? Tapi aku ni bini dia tau," katanya.

Lebih mengecewakan, perkahwinan mereka sebenarnya masih hijau kerana baru sahaja bernikah kira-kira dua bulan lalu.

"Dia nak bayar habis kereta dia tu kemudian dia nak jual kereta tu kat adik dia. Dia juga minta saya guna duit simpanan saya untuk langsaikan hutang kereta dia.

"Sedangkan dua-dua kereta tu baru beli dalam masa setahun. Pada awalnya saya tak kisah, tapi apabila dia suruh adik dia bayar RM300 je buat saya ralat sangat-sangat," katanya.

  • Suami mahu jual kereta kepada adik dengan bayaran RM300 sebulan.
  • Isteri pula diminta tanggung separuh bayaran kereta sendiri.
  • Lebih mengecewakan, duit simpanan isteri turut diminta untuk bayar hutang.
  • Pasangan itu baru dua bulan mendirikan rumah tangga.
  • Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan lelaki itu sememangnya mahu mempergunakan isterinya untuk kepentingan diri.

"Suruh dia guna kereta sendiri jika nak bayar separuh je. Dia nak jimat lepas tu nak ambil kesempatan kat bini.

"Baru kahwin dua bulan? Sila betulkan suami. Masih belum terlambat. Kalau diam, makin banyak lagi awak akan makan hati," komen warga maya.

Artikel Lain