suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proses taaruf bongkar sisi pelik bakal isteri... Suami perlu beri upah duit atau emas setiap kali mahu ‘bersama’

Ada segelintir wanita meminta upah kepada suami setiap kali melakukan hubungan intim. -Gambar hiasan AI

MENCARI kesefahaman menerusi proses taaruf antara pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga penting bagi memastikan perkahwinan yang dibina kekal bahagia.

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang bakal pengantin lelaki ini apabila dia diberikan syarat pelik oleh tunangnya sendiri selepas mereka membincangkan topik berkaitan hubungan intim.

Menurut lelaki itu, mereka kini menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) dan akan mendirikan rumah tangga dalam tempoh enam bulan sahaja lagi.

Lelaki atau perempuan wajar menyemak latar belakang bakal pasangan sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Lelaki atau perempuan wajar menyemak latar belakang bakal pasangan sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Tunang saya ada buka topik sensitif. Dia kata setiap kali kami nak 'bersama', saya kena upah dia. Normal ke tu?

"Kalau tak nak bagi duit, kena bagi dia emas atau apa-apa hadiah setiap kali saya ajak 'bersama'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal isteri sambung belajar, letak syarat tiada hubungan intim selama 2 tahun... Tak percaya semua kaedah cegah kehamilan

ARTIKEL BERKAITAN: Takut hilang kasih sayang anak lelaki, mentua ‘cucuk’ menantu hal dalam kain... Risau sangat kalau mengandung!

Ekoran kejadian tersebut, lelaki berkenaan mengakui berasa sangat keliru memandangkan ini bakal menjadi perkahwinan pertamanya.

“Saya cuba nak dapatkan nasihat sahaja. Apa yang orang fikir, itu terpulang. Terima kasih kepada yang memberikan nasihat. 

"Saya akan tanya dan terangkan perkara ini kepadanya,” katanya yang meminta pandangan ramai berhubung isu tersebut.

  • Tunang minta bayaran setiap kali nak bersama.
  • Lelaki keliru dengan permintaan tunang.
  • Duit, emas atau hadiah diminta sebagai ‘upah’.
  • Netizen nasihat semak latar belakang tunang.
  • Perkongsian cetus perdebatan warga maya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dengan warga maya menasihatkan lelaki tersebut menyemak latar belakang bakal isterinya itu.

"Mungkin dia dah biasa bagi servis berbayar. Cuba periksa latar belakang dia betul-betul. 

"Macam pelik je bakal isteri awak tu ke sebab dia dah terbiasa dibayar lepas 'bersama'?

"Dia merendahkan maruah diri sendiri ke? Melayan suami itukan kewajipan isteri.

"Dalam hukum syarak, seorang isteri tidak wajib dan tidak berhak meminta upah, duit, emas, atau hadiah setiap kali diajak untuk hubungan intim," komen netizen.

Artikel Lain