BERGURAU mengenai negeri asal pasangan mungkin nampak remeh, namun jika dilakukan secara berulang kali, ia boleh memakan diri dan meretakkan keharmonian rumah tangga.Sama seperti yang dilalui seorang wanita dari Selangor apabila suaminya yang berasal dari Terengganu sering menjadikan negeri kelahirannya itu sebagai bahan gurauan.Gara-gara enggan mencetuskan pertengkaran, wanita berkenaan mengakui selama ini dia hanya mampu bersabar dan memilih untuk mengunci mulut.Gurauan kasar boleh menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan AI "Suami aku ni suka hina orang Selangor. Contoh, makanan tak sedap dia akan cakap... mesti orang Selangor yang masak. Kalau orang bawa kereta tak betul dia cakap... mesti orang Selangor ni."Padahal aku ni orang Selangor. Aku diam saja, yelah nak jadi isteri yang baik kan," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Paksa kita cakap bahasa dia” - Wanita pelik loghat Kelantan guna dalam urusan rasmi, 'nurse' jeling tak faham 'ubak comor'ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu open house pertikai gadis Kedah kulit cerah! Tuan badan terkedu, rupanya roomate pun persoal perkara samaNamun, benarlah kata orang, kesabaran ada batasnya.Wanita itu akhirnya nekad menyuarakan rasa tidak puas hati dengan membalas semula sindiran suaminya menggunakan kaedah sama."Sampai suatu hari tu aku tak tahan. Aku cakap... mana ada orang Selangor macam tu? Itu gelap hitam macam awak, mesti dia orang Terengganu macam awak."Terus dia panas hati. Ha, kau baru tahu mulut orang Selangor ni macam mana," katanya. Wanita itu mengakui sengaja menyentuh soal warna kulit kerana suaminya sebelum ini turut menggunakan perkara sama ketika mengkritik orang lain.Menurutnya, dia tidak mahu menceritakan semua perkara bagi menjaga aib suaminya.“Banyak lagi gurauan yang boleh dibuat tanpa menyakitkan hati, lebih-lebih lagi terhadap pasangan. Tak matang langsung bergaduh pasal negeri.“Lucunya, suka hina Selangor tetapi cari rezeki dekat Selangor juga. Padahal kubur dah memanggil-manggil,” katanya.Suami sering kutuk orang Selangor.Isteri lama memilih untuk berdiam diri.Kesabaran wanita itu akhirnya hilang.Gurauan dibalas dengan sentuhan soal negeri asal.Netizen anggap perbalahan isu negeri tidak matang.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen beranggapan individu yang suka membuat perbandingan berkaitan negeri adalah golongan tidak matang."Orang yang matang takkan ejek-mengejek, tak kira dia datang dari negeri mana."Semua negeri sama je adalah kurang lebih sana sini. Kita semua orang Malaysia," kongsi warga maya.