suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emosi isteri tengah berpantang terganggu, suami kantoi ada akaun media sosial rahsia - “Suka tengok betina gelek-gelek”

Isteri pasti kecewa jika tahu suami ketagih menonton video lucah. -Gambar hiasan AI

PERKAHWINAN yang baru mencecah setahun lebih sepatutnya menjadi fasa bahagia buat pasangan suami isteri, apatah lagi selepas dikurniakan cahaya mata. 

Namun, seorang wanita berdepan situasi sebaliknya selepas dia menemui akaun media sosial rahsia suaminya yang dipenuhi dengan kandungan mencurigakan.

"Kami baru kahwin setahun lebih. Ada seorang anak umur enam bulan. Masa berpantang Februari lalu, saya jumpa Instagram lama suami.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Ketagihan video lucah juga boleh memusnahkan rumah tangga. -Gambar hiasan 

"Dia kata Instagram tu dah lama tak guna sebab lupa password. Tapi saya perasan jumlah 'following' semakin meningkat. Rupanya dia sorok aplikasi tu dalam telefon.

"Apa yang lagi terkejut, saya jumpa akaun X suami. Akaun itu penuh dengan video porno dan 'dark side' (DS). Dia follow akaun sedemikian dan 'save' video mereka," dakwanya.

Selepas kejadian pada Februari, wanita itu mendakwa suaminya sekali lagi kantoi melayan video-video tidak senonoh menerusi aplikasi Telegram minggu lalu.

  • Wanita luah rasa kecewa kerana suaminya ketagih tonton video lucah.
  • Perbuatan suaminya terbongkar ketika wanita itu sedang berpantang.
  • Wanita itu sedih sehingga tak sanggup untuk melihat wajah bayi sendiri.
  • Wanita itu juga pertimbangkan hasrat untuk berpisah dengan suaminya.

"Saya kata dia perlukan bantuan untuk rawat ketagihan. Suami mengaku ketagih, tapi dia pun tak bangga dengan benda tu. Dia kata setiap hari dia cuba elak tonton video lucah.

"Saya diam tanpa kata-kata. Sedih sangat bila fikir suami suka tengok kemaluan wanita lain. Suka tengok betina gelek-gelek tunjuk badan.

"Ada tak apa-apa yang boleh saya buat? Semoga ada sesuatu boleh dilakukan untuk bantu suami sebelum saya putus asa dan minta cerai," luahnya lagi di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali bersama, saya rasa jijik!” - Isteri tawar hati suami ketagih porno, hanya mampu berlakon bahagia demi anak

Di ruangan komen, ada netizen yang memberi saranan supaya wanita itu membawa suaminya mendapatkan bantuan kaunseling.

Pada masa sama, netizen berkata wanita itu juga berhak untuk berpisah sekiranya dia sudah tidak tahan dengan suaminya.

Artikel Lain