BENARLAH ketagihan terhadap pornografi dan bahan lucah bukan sahaja merosakkan individu tetapi hubungan suami-isteri.Itu juga dilalui seorang wanita yang sudah mati 'rasa' terhadap suaminya yang kerap menonton video lucah sehingga memberi kesan kepada rumah tangga mereka. Kata wanita itu, dia tidak dapat menahan diri daripada berasa jijik setiap kali bersama suami sebab membayangkan lelaki itu mungkin teringat tentang video lucah yang ditonton.Malah sikap suaminya itu pernah mencetuskan pergaduhan besar sehingga mereka tidak bertegur sapa selama beberapa hari.Pergaduhan suami isteri boleh menjejaskan hubungan dalam rumahtangga. -Gambar hiasan AI"Sampaikan saya bersama dengan dia pun rasa jijik. Tiap kali bersama, saya akan fikir, fikirannya bukan untuk saya tapi imbas porno yang dia selalu tengok."Sekarang saya cuma jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sebab nak penuhi keperluan anak-anak."Perasaan nak berpisah dengan suami mungkin tak ada. Saya tak nak anak-anak jadi famili yang bermasalah hanya kerana kesakitan hati," luahnya di Facebook.Keputusan itu juga kata wanita itu kerana memikirkan suaminya bukanlah seorang lelaki tidak bertanggungjawab terhadap keluarga malah ringan tulang menguruskan rumah dan anak-anak.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tiada selera, hilang nafsu seks lepas tengok suami ambil bahan terlarang... Sukar percaya janji kaki ganja!ARTIKEL BERKAITAN: Isteri risau suami kerja jauh selalu gersang, suka minta video intim... Wanita dah 11 tahun PJJ tampil beri solusi"Cuma satu hal, ketagihan pornografi dia buat saya rasa jiwa ini sudah tidak ada dalam rumah tangga. Bahagia itu ada apabila anak yang bahagia."Kalau anak-anak bermalam rumah nenek mereka, rumah saya jadi sepi, suram dan kelam saja," katanya lagi meluahkan kesedihan dialami.Perkongsian tersebut turut mendapat simpati netizen yang memberi pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.Isteri tawar hati selepas beberapa kali kantoi suami tengok porno.Wanita bertahan demi anak walaupun jijik bersama suami.Ketagihan porno suami buat rumah tangga terasa kosong.Isteri hanya jalankan tanggungjawab demi anak-anak.Netizen saran suami dapatkan kaunseling.Ringkasan ini dijana oleh AIAda juga menyifatkan ketagihan terhadap bahan pornografi sebagai hal berbahaya kerana boleh memberi kesan buruk dalam jangka panjang."Bahaya tonton porno ni nanti sampai ke anak pun dia 'makan'. Seeloknya kalau dah tegur tak pakai, bawa suami pergi kaunseling dekat pejabat agama."Dia tengok porno dosa antara dia dengan Allah. Awak sebagai isteri sudah nasihatkan elok-elok kira lepas la dengan Allah."Hanya kerana bahan porno nak berpisah? Doakan sahaja suami. Mana ada suami sempurna? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan," komen beberapa netizen.