suria

Dah setuju sebelum kahwin lagi! Wanita buntu ibu mentua masuk campur isu giliran raya... Berkeras anak lelaki balik raya pertama

Setiap ibu bapa pasti ingin meraikan 1 Syawal bersama anak mereka. -Gambar hiasan AI

SAMBUTAN Aidilfitri sepatutnya diraikan dengan gembira bersama keluarga di kampung halaman.

Namun bagi mereka yang sudah berkahwin, sistem penggiliran sering digunakan bagi mengelak salah faham dan rasa tidak adil di antara pasangan.

Berbeza dengan wanita ini, sistem penggiliran yang diwujudkan dengan suami sedikit berbeza iaitu hari raya pertama akan disambut di sebelah keluarganya terlebih dahulu memandangkan dia anak tunggal.

Keadaan menjadi rumit apabila ibu mentuanya pula mencampuri urusan 'balik' raya mereka suami-isteri dan berkeras Aidilfitri tahun ini disambut di sebelahnya.

Isu penggiliran raya sering menjadi perbalahan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

Isu penggiliran raya sering menjadi perbalahan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

"Aku ni anak tunggal... Teruk ke kalau setiap tahun aku nak suami beraya sebelah aku dulu?

"Tahun ini memang giliran dia tapi aku cuma minta raya pertama sahaja dengan mak ayah aku dulu.

"Raya kedua sehingga habis cuti di sebelah dia pula sebab cuti hanya seminggu tapi ibunya 'berbunyi' dia raya belah aku," luahnya di Threads.

Bagi pengadu, tindakan ibu mentuanya adalah tidak wajar kerana hal penggiliran hari raya adalah urusan dia dan suami.

  • Wanita dilema ibu mentua campur urusan giliran raya.
  • Mahu raya pertama bersama ibu bapa kerana anak tunggal.
  • Dakwa sudah bincang dan capai kata sepakat dengan suami.
  • Bimbang ibu bapa kesunyian pagi Syawal.
  • Netizen berbelah bahagi, ada sokong dan ada minta ikut giliran.

Tambahan pula dia dan suami sudah mencapai kata sepakat tentang isu tersebut sejak sebelum mereka berkahwin.

"Dia (ibu mentua) pula serabut, padahal sebelum kahwin aku dan berbincang fasal isu ini. Aku anak tunggal, sanggup ke (suami) nak raya sebelah aku setiap tahun?" jelasnya.

Kata wanita itu lagi, dia bukan pentingkan diri atau kejam namun terpaksa memikirkan keadaan ibu bapanya yang kesunyian di pagi raya kerana tidak mempunyai anak lain.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sudah-sudah kampung dia! Wanita penat layan suami tak adil, giliran raya haji pun dirampas - “Penting sangat ke saudara dia?”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rela hati balik raya kampung isteri, terluka dengan sikap ibu sendiri - “Banyak mak buat kami terasa”

Ada memahami situasinya sebagai anak tunggal, namun tidak kurang menasihatinya agar sistem giliran dipatuhi demi menjaga keharmonian kedua-dua belah keluarga.

"Macam tak adil sebab dia bukan yatim piatu, vibe raya pertama tak sama dengan raya seterusnya tu.

"Kalau suatu hari nanti awak ada anak lelaki dan isterinya minta macam awak, adakah awak akan izinkan?

"Kawan aku pun anak tunggal yang maknya ibu tunggal juga, elok jer dia bergilir dengan suami setiap tahun," antara reaksi netizen. 

Artikel Lain