SEORANG wanita mengaku kalah dalam perjuangan mempertahankan perkahwinannya sejak lima tahun lalu.Luahnya, sepanjang tempoh itu dia berulang kali memberi peluang dan kemaafan kepada suaminya setiap kali lelaki itu berlaku curang. Terbaharu dakwanya, suami sekali lagi 'kantoi' menghubungi seorang gadis selepas menyertai aktiviti ride (konvoi sambil menunggang motosikal) bersama rakan-rakannya.Curiga dengan tingkah laku suaminya, wanita tersebut kemudian bertindak menghubungi gadis berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.Berdepan dengan pasangan narsistik bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan AIMenurutnya, gadis itu mendakwa suaminya kerap menghantar mesej melalui WhatsApp dan mengajaknya keluar berjumpa serta berjanji temu."Lelaki narsistik memang tak akan mengaku salah ke? Bila kantoi, boleh dia cakap berkawan je. Lah budak bawah umur pun nak buat kira? Tolong bagi kata-kata semangat untuk saya melangkah ke mahkamah. "Saya sumpah penat sebab ini sudah berapa kali kantoi dia curang sepanjang lima tahun perkahwinan kami."Saya bagi dia peluang sebab ingatkan dia akan berubah. Dia siap berjanji lagi depan ibu bapa saya," luahnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Kerap tidur rumah adik angkat lelaki, bekas suami malu besar di mahkamah... Terbongkar rahsia tak pernah ‘sentuh’ isteri!ARTIKEL BERKAITAN: Suami tawar hati 8 tahun kahwin tiada anak, keluarga restu ‘pasang’ dua! Isteri nekad bercerai lepas maklum sedang hamilDisebabkan suaminya masih dengan tabiat sama, dia sedang mempertimbangkan memfailkan penceraian buat kali kedua selepas pernah bercerai pada Oktober tahun lalu. Katanya, dia sudah menghubungi peguam untuk proses perceraian namun masih berasa berat hati dengan keputusan tersebut.Ini kerana kali ini suaminya hanya 'curang' menerusi telefon serta mesej dan tidak pernah berjumpa dengan wanita terbabit."Bagi suami, selagi dia dan perempuan itu tak berjumpa, dia masih boleh dimaafkan (selepas kantoi) sebab masih dianggap tak berlaku curang.Kantoi ajak gadis keluar selepas ride, wanita penat beri peluang kedua.Dah rujuk selepas cerai, suami didakwa ulang perangai lama.Lima tahun tahan curang, wanita pertimbang cerai kali kedua.Suami dakwa sekadar berkawan, isteri kecewa kantoi mesej ajak dating.Janji berubah depan keluarga, namun sikap lama kembali berulang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Memang betul-betul narsistik. Ya Allah, tak tahu nak buat macam mana dah. Bagi peluang banyak kali pun macam itu juga perangainya," luahnya lagi.Perkongsian itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata berharap wanita ini pertimbangankan untuk bercerai. "Keputusan awak tepat! Sila bercerai untuk menjaga kesihatan mental awak."Kenapa normalisasikan hubungan berjanji temu dengan budak bawah umur? Pergilah buat laporan polis," antara komen netizen.