SEORANG pemuda tidak menyangka kehadirannya berbuka puasa di sebuah masjid setiap hari meninggalkan pengalaman pahit yang tidak akan dapat dilupakan.Tidak menyangka mengalami insiden seperti itu terutama di 10 malam terakhir Ramadan, dia mendakwa diherdik oleh seorang jemaah warga emas hanya disebabkan dia datang setiap hari untuk berbuka puasa. Lebih memalukan cerita lelaki itu, pakcik berkenaan tergamak memarahinya di hadapan orang ramai yang menyaksikan perkara itu. Jelasnya, dia bukan datang dengan tangan kosong malah akan memastikan bersedekah sebanyak RM100 setiap kali datang ke masjid tersebut.Berbuka puasa di masjid boleh mengeratkan lagi hubungan bersama dengan jemaah lain. -Gambar hiasan"Hari-hari saya bersedekah dekat masjid yang saya selalu pergi berbuka puasa. Tapi hari ini (Sabtu), pertama kali dalam hidup saya kena marah dengan seorang pakcik."Pakcik itu marah sebab hari-hari muka aku yang datang iftar dekat masjid itu. Dia sound (tegur) aku depan orang ramai dekat situ... Asyik muka kau je yang datang!" ceritanya menerusi hantaran di Threads.Memilih tidak membalas kata-kata pakcik berkenaan, lelaki itu memberitahu dia hanya mampu menarik nafas dan memilih beredar dari situ tanpa membalas kembali kata-katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pegang jawatan AJK masjid hanya kejar akhirat, tapi derhaka dengan suami... Tolak hubungan intim, daftar umrah tanpa izin!ARTIKEL BERKAITAN: “Dia budak, tak payah nak sound!” - Jemaah wanita naik angin pemuda masjid tegur anak sepahkan al-QuranDisebabkan kejadian itu juga, lelaki berkenaan berazam tidak akan menjejakkan lagi kaki ke masjid tersebut."Aku tarik nafas, sabar dan aku beredar dari situ. Maaf, aku tak akan jejak lagi ke masjid itu. Terima kasih pakcik ahli syurga," luahnya.Luahan lelaki itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka sendiri berdepan situasi hampir serupa. Lelaki terkilan ditegur warga emas ketika iftar di masjid.Dakwa sering sedekah RM100 sebelum kejadian berlaku.Teguran dibuat di hadapan jemaah lain.Lelaki akui berasa malu dan terkedu lalu beredar pergi.Serik dengan kejadian, bercadang iftar di masjid lain.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, ada juga individu menasihatinya supaya tidak mengambil hati kerana mungkin pakcik itu sekadar bergurau dan tidak menyedari kata-kata dilemparkan boleh menggores perasaan orang lain."Bagi saya, awak abaikan je pakcik tu. Memang ada ramai orang tua yang tiada kesedaran macam tu dan kadang-kadang dia tak sedar dia cakap macam tu boleh menggores hati orang."Awak je kenal diri awak macam mana, yang ada banyak bagi sumbangan dan sedekah pada masjid itu. Memang kecil hati pada mulanya."Esoknya (datang semula ke masjid) buat biasa je. Bukan dia yang bagi kita makan," komen seorang netizen memberi nasihat.