Ibu bapa perlu memantau anak di dalam masjid bagi mengelak mereka menganggu jemaah lain. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki menasihatkan ibu bapa yang membawa anak-anak ke masjid agar sentiasa memantau pergerakan serta tingkah laku mereka.Menurutnya, kehadiran kanak-kanak ke masjid sememangnya digalakkan tetapi jika tidak dipantau ia akan mengundang masalah. Dia kemudian berkongsi pengalaman rakannya yang menyaksikan kanak-kanak bermain dengan al-Quran tanpa ditegur ibu bapa.Sebagai ibu bapa kita perlu menerima teguran orang lain berkaitan adab anak. -Gambar hiasan AI“Satu Malaysia tengah heboh pasal al-Quran kena pijak. Tapi semalam kawan saya sendiri nampak budak main al-Quran."Letak merata atas lantai dalam masjid, maknya pula hanya tengok sahaja," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan tak suka, tapi Ramadan setahun sekali jer” - Jemaah tegur tazkirah lama sangat, baik fokus tarawih 20 rakaatARTIKEL BERKAITAN: Datang masjid pun jarang, warga emas suka-suka lepuk kepala budak... Pemuda terus ‘sound’ geram perangai tak sepadan umurTambahnya, ibu kepada kanak-kanak berkenaan berada berhampiran dan menyedari perbuatan anaknya itu, namun tidak menegahnya.Rakannya kemudian bertindak mengemas dan menyimpan semula al-Quran tersebut sebelum menegur bagi mengetahui anak siapa yang terlibat."Dia tanya... anak siapa ni? Mak budak tu kata... anak saya, dia budak tak tau apa-apa. Tak payah nak sound," katanya.Seorang lelaki menasihatkan ibu bapa memantau anak-anak ketika di masjid.Teguran dibuat selepas kanak-kanak didakwa bermain al-Quran tanpa ditegur.Ibu kanak-kanak tersebut dikatakan berada berhampiran namun tidak menghalang.Seorang jemaah bertindak menyimpan semula al-Quran sebelum menegur ibu terbabit.Netizen berpendapat ibu bapa bertanggungjawab mendidik adab anak di rumah ibadah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian warga maya yang berpandangan bahawa kanak-kanak sememangnya belum memahami sepenuhnya, namun tanggungjawab mendidik dan memantau tingkah laku terletak pada ibu bapa."Dia tu budak tiada niat menghina. Kadang mak ayah bukan tak nak tegur, tapi jenis tegur di belakang orang untuk elak jatuhkan air muka anaknya," kata netizen.