suria

“Bukan tak suka, tapi Ramadan setahun sekali jer” - Jemaah tegur tazkirah lama sangat, baik fokus tarawih 20 rakaat

Tazkirah panjang di selepas Isyak menyebabkan jemaah terganggu untuk melaksana tarawih. -Gambar hiasan AI

SETIAP tahun bulan Ramadan pastinya disambut meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dirancang bagi mengimarahkan masjid serta menggalakkan kehadiran jemaah.

Selain solat fardu dan solat sunat tarawih, kebanyakan masjid turut pelbagai program kerohanian bagi menyemarakkan lagi suasana ibadah sepanjang bulan mulia tersebut.

Namun, seorang jemaah tampil memberikan pandangan berhubung perjalanan program di sebuah masjid di Sungai Buloh, Selangor.

"Lepas Isyak tak perlulah tazkirah yang panjang sampai 15 hingga 25 minit. Lebih baik teruskan dengan solat tarawih. 

Bulan Ramadan peluang terbaik umat Islam melipat gandakan amalan. -Gambar hiasan Bulan Ramadan peluang terbaik umat Islam melipat gandakan amalan. -Gambar hiasan 

"Kalau buat lapan rakaat, sepatutnya pukul 9.45 atau 10 malam sudah selesai," kata jemaah tersebut.

Tambahnya, sekiranya masa diperuntukkan untuk tazkirah digunakan bagi menambah rakaat solat, ia mungkin lebih memberi ruang kepada jemaah yang ingin menunaikan 20 rakaat penuh.

“Daripada tazkirah panjang, lebih baik buat 20 rakaat. Yang nak buat lapan rakaat pun masih boleh teruskan seperti biasa. Tarawih ini setahun sekali sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarawih terganggu, jemaah dihempuk dengan penyapu! Wanita harap budak kecil tak dibawa ke masjid, ganggu orang dewasa

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah la busuk, tak solat tarawih” - Jemaah masjid tak setuju geng Rohingya monopoli slot berbuka, datang hanya nak makan

“Tazkirah boleh dibuat pada hari-hari lain, malah kalau mahu dibuat lama pun tidak mengapa. Tetapi malam Ramadan eloklah fokus kepada tarawih dan tadarus al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, jemaah tersebut tetap menghargai pengurusan masjid berkenaan dan mengakui kebanyakan aspek lain berada pada tahap yang baik.

“Bab lain memang saya hormat dan tabik dengan masjid ini. Terbaik berbanding masjid lain di kawasan sama," katanya.

  • Seorang jemaah mencadangkan tazkirah selepas Isyak dipendekkan bagi memberi laluan kepada solat tarawih.
  • Katanya, masa tersebut boleh digunakan untuk menunaikan sehingga 20 rakaat.
  • Dia menegaskan Ramadan wajar difokuskan kepada tarawih dan tadarus al-Quran.
  • Namun, dia tetap memuji pengurusan masjid berkenaan.
  • Jabatan Agama Islam Selangor mengingatkan agar program tidak bertindih dengan waktu tarawih.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi laporan media mengingatkan pengurusan masjid dan surau supaya tidak melaksanakan program yang bertindih dengan waktu solat tarawih.

“Kalau ceramah, ada sesetengah masjid atau surau buat terlalu kerap, selang beberapa rakaat sudah ada pengisian. Perkara itu kita tidak benarkan.

“Kita tidak mahu jemaah rasa seperti diperangkap untuk mendengar sehingga akhirnya mereka memilih untuk pergi ke masjid atau surau lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak pentadbiran menetapkan sekiranya mahu mengadakan tazkirah ia boleh dilakukan selepas selesai 20 rakaat tarawih atau di antara waktu Maghrib dan Isyak.

Artikel Lain