Ramai pengantin generasi baharu memilih majlis kahwin yang lebih kecil dan menjimatkan kos. -Gambar hiasan AI
TREND majlis perkahwinan dalam kalangan generasi muda hari ini semakin berubah apabila ramai pasangan memilih konsep tertutup, ringkas dan menjimatkan kos. Mereka tidak lagi terlalu terikat dengan adat perkahwinan Melayu tradisional yang sering melibatkan perbelanjaan besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Ada juga pasangan pengantin yang hanya menjemput sekitar 100 tetamu, malah langsung tidak menyediakan hantaran seperti kebiasaan.Bagi mereka, apa yang lebih penting adalah majlis bermakna tanpa perlu berbelanja berlebihan atau mengikut jangkaan orang lain.Menurut seorang gadis yang bakal berkahwin tidak lama lagi, terdapat beberapa perkara yang akan dielakkan sewaktu majlisnya nanti.Berikut merupakan senarai tujuh perkara itu yang dikongsi di aplikasi Threads:1. Photo booth tidak akan disediakan kerana dia menganggap ia mungkin tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.2. Candy booth juga tidak akan dibuat kerana kosnya agak tinggi untuk sesuatu yang hanya bersifat tambahan.3. Pengapit tidak akan dilibatkan kerana dia bimbang kehadiran mereka boleh membuat pengantin kurang menonjol.4. Dulang hantaran tidak akan disediakan kerana perkara itu sudah pun dilaksanakan semasa majlis pertunangan.5. Khidmat videographer tidak akan digunakan kerana dia lebih mengutamakan gambar dan ingin menjimatkan kos penggambaran.6. Goodies majlis akan digantikan dengan makanan yang lebih praktikal dan boleh dimakan oleh kebanyakan tetamu.7. Cake table juga tidak akan diadakan kerana kebiasaannya pengantin hanya makan sedikit sahaja selepas majlis berakhir.