suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak pilih tingkat bawah, pemilik dedah keburukan beli rumah satu aras dengan fasiliti kondominium - “Memang kacau tidur”

Unit kediaman berdekatan fasiliti biasanya lebih bising berbanding aras lebih tinggi. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI kediaman sendiri merupakan satu komitmen besar yang memerlukan perancangan teliti kerana setiap keputusan akan memberi kesan jangka panjang kepada pemiliknya.

Bagi mengelakkan penyesalan selepas membuat pilihan, seorang wanita berkongsi satu panduan ringkas yang boleh dijadikan rujukan sebelum membeli unit kondominium.

"Kalau nak beli condo, elakkan pilih unit di tingkat bawah atau unit yang berada sama aras dengan fasiliti kerana bunyinya memang sangat bising,” katanya.

Menurut wanita itu, unit kediamannya mempunyai akses yang sangat dekat dengan kolam renang, kafe dan taman sehingga hanya perlu keluar ke balkoni untuk sampai ke kawasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar tengok ‘design’ dan lokasi! Ejen hartanah kongsi 10 tip ‘random’, elak pembeli rumah menyesal kemudian hari

"Memang seronok tengok budak-budak mandi kolam sebab rasa kawasan tu hidup dan tak sunyi. Tapi jadi masalah bila penghuni tak ada common sense.

"Ada yang menjerit dan buat bising dekat sekitar fasiliti sampai pukul 1 pagi. Memang kacau tidur orang. Dari segi keselamatan juga kurang baik. 

"Ini kerana orang luar boleh mengenal pasti unit kediaman anda dengan mudah, jadi disarankan pilih unit di tingkat lebih tinggi," kongsinya menerusi Threads.

Artikel Lain