suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak susah rupanya, pemuda berjaya selesaikan masalah iPhone cepat panas - “Bertahun aku hadap benda ni”

Isu overheat boleh menganggu kelancaran prestasi peranti pintar. -Gambar hiasan

PENGGUNA iPhone pastinya pernah berdepan situasi peranti tiba-tiba menjadi panas ketika sedang digunakan atau dicas.

Isu overheat ini bukan sahaja boleh menimbulkan rasa kurang selesa terhadap pengguna, malah didakwa turut menjejaskan prestasi bateri.

Walaupun ramai menganggap isu itu biasa, ada juga yang masih tertanya-tanya punca sebenar ia berlaku pada peranti pintar mereka.

Menurut seorang pengguna Threads dikenali sebagai Faisal Bazlin, dia berjaya mengurangkan masalah overheat dengan menggunakan satu kaedah mudah.

"Sekarang aku dah jumpa penyelesaian untuk masalah iPhone yang selalu overheat, panas dan lag. Bertahun aku hadap benda ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon mahal tapi gambar buruk? Ramai tak sedar kesilapan, lima ‘setting’ ini boleh jadi penyelamat anda!

"Periksa jumlah chat WhatsApp anda. Aku punya sejak 2016, jadi memang beribu chat. Aku padam dekat 2,000 chat.

"Kemudian, aku ada hampir 100,000 gambar. Storage aku 512GB. Jadi aku padam hampir 20,000 gambar dan video," kongsinya menerusi Threads.

Selepas membuat 'pembersihan' pada peranti pintarnya itu, Faisal berkata dia mula menyedari perubahan ketara, malah masalah sebelum ini juga sudah tidak berlaku.

"Selepas dua hari, baru aku perasan telefon dah tak panas macam sebelum ini dan dah tak lag. Bateri pun tak cepat turun macam sebelum ni.

"Jadi, yang mana ada masalah macam aku, bolehlah cuba kaedah ini," tulisnya lagi.

Artikel Lain