suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malu guna e-mel lama zaman remaja? Tak perlu padam, ini cara tukar kepada ‘username’ lebih profesional

Alamat e-mel boleh mencerminkan kematangan seseorang individu. -Gambar hiasan AI

ALAMAT e-mel memainkan peranan penting khususnya dalam kalangan pelajar, pencari kerja dan golongan profesional kerana ia sering digunakan untuk urusan rasmi, permohonan pekerjaan serta komunikasi harian.

Namun, masih ramai yang menggunakan alamat e-mel lama yang dicipta ketika zaman remaja dengan username kurang sesuai untuk kegunaan profesional, seperti [email protected] atau seumpamanya.

Seiring peningkatan usia dan perkembangan kerjaya, ramai mula berasa kurang selesa untuk menggunakan alamat e-mel sedemikian, terutama ketika berurusan dengan majikan, pelanggan atau institusi rasmi.

Alamat e-mel memainkan peranan penting terutama ketika ingin memohon kerja.

Alamat e-mel memainkan peranan penting terutama ketika ingin memohon kerja.

Bagi mereka yang ingin beralih kepada alamat e-mel yang lebih profesional, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan tanpa menjejaskan penggunaan akaun sedia ada.

Berikut adalah cara mudah menukar alamat e-mel Google;

1. Buka Google dan log masuk ke akaun anda.

2. Klik ikon sembilan titik di bahagian kanan atas skrin.

3. Pilih Account.

4. Klik Personal Info.

5. Pilih Email.

6. Klik alamat e-mel pada bahagian Google Account Email.

7. Sahkan identiti dengan memasukkan kata laluan.

8. Pilih Change Google Account Email (jika tersedia).

9. Masukkan alamat e-mel baharu yang ingin digunakan.

10. Ikuti arahan yang dipaparkan sehingga proses selesai.

Walaupun alamat e-mel baharu telah ditetapkan, alamat e-mel lama masih boleh digunakan seperti biasa.

Bagaimanapun, jika pilihan Change Google Account Email tidak dipaparkan, ia berkemungkinan kerana kemudahan tersebut belum tersedia untuk akaun berkenaan.

Artikel Lain