suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak buat kenduri, terlanjur ke?” - Maruah kakak dipijak-pijak, dipandang serong kerana nikah tanpa walimatulurus

Wujud tanggapan negatif segelintir masyarakat terhadap pasangan yang tidak mengadakan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mempunyai perancangan tersendiri mengikut kemampuan kewangan dan keselesaan masing-masing.

Namun, mentaliti segelintir masyarakat yang gemar menjaga tepi kain orang sering kali membuatkan perkara mudah menjadi rumit, malah kadang kala sampai ke tahap menimbulkan fitnah.

Itulah situasi dihadapi seorang wanita apabila kakaknya yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dipandang serong oleh salah seorang kenalannya hanya kerana memilih untuk tidak mengadakan majlis kenduri kahwin.

Sikap sesetengah masyarakat yang tidak segan silu bertanyakan soalan tidak sensitif terhadap ahli keluarga pengantin sememangnya tidak mengejutkan. -Gambar hiasan AI 

Menerusi satu hantaran tular di Threads, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan bengang terhadap sikap segelintir individu melemparkan tuduhan melulu.

"Hina ke kakak aku kahwin tak buat kenduri? Kahwin cepat cakap terlanjur, kahwin lambat cakap tak elok lambatkan. Tak fahamlah manusia ni," luahnya dalam hantaran tersebut.   

Bersama hantaran itu, dia turut memuat naik tangkap layar mesej peribadi yang diterima daripada seorang individu yang dikenalinya di media sosial.   

Dalam mesej berkenaan, individu terbabit mempersoalkan status perkahwinan kakaknya dan tanpa segan silu.   

"Kenapa kakak kau nikah je, tak buat kenduri ke? Cepat sangat kahwinnya. Terlanjur ke?" soal individu berkenaan tanpa rasa bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen persoal Syamim Freida pengapit majlis nikah Bella Astillah - “Ada dengan dia dari dulu“

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun kahwin belum ada anak, Nita Hamzah pernah ‘koyak’ disindir netizen Ahad

Tindakan individu itu yang mengaitkan ketiadaan majlis kenduri dan urusan mempercepatkan pernikahan dengan tuduhan zina atau terlanjur jelas mengundang kemarahan wanita berkenaan.  

Untuk rekod, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam siri soal jawab agama di laman webnya menyatakan hukum asal bagi mengadakan majlis kahwin atau walimah adalah sunat muakkad. 

Jelasnya, perkara itu disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya. 

  • Wanita kecewa masyarakat pandang serong keputusan kakaknya nikah tanpa mengadakan majlis kenduri.
  • Kenalan media sosial menuduh kakak wanita itu 'terlanjur' hanya kerana tidak mengadakan majlis perkahwinan.
  • Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan majlis kenduri kahwin sebenarnya berstatus sunat muakkad.
  • Umat Islam dinasihatkan mengadakan majlis kahwin secara bersederhana mengikut kemampuan tanpa membazir.
  • Ibu bapa digesa mempermudahkan urusan perkahwinan anak-anak demi kelancaran membina rumah tangga.

Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan menjalankan majlis walimah, jabatan itu menjelaskan ia bermakna pihak pengantin lelaki sudah melaksanakan hukum sunat tersebut.

Pada masa sama, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan bahawa majlis perkahwinan itu hendaklah dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri tanpa perlu berlebih-lebihan dan membazir.

"Begitu juga kami nasihatkan kepada ibu bapa kepada bakal pengantin supaya sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya," tulis kenyataan berkenaan.

Artikel Lain