PELAKON Toh Puan Syamim Frieda tampil meleraikan tanda tanya warga maya berhubung pemilihannya sebagai salah seorang daripada sembilan pengapit pada majlis pernikahan Bella Astillah, Sabtu lalu.Syamim, 35, menjelaskan keakraban mereka berdua sebenarnya sudah terjalin sejak sekian lama sebelum perkahwinan pertama Bella lagi, namun dia memilih untuk tidak menguar-uarkan persahabatan tersebut di media sosial. Menurut Syamim, dia memahami tanggapan segelintir netizen yang berasa pelik melihat kehadirannya sebagai pengapit memandangkan mereka jarang memuat naik foto bersama di alam maya. Syamim tidak suka mendedahkan kehidupan peribadinya kepada khalayak umum. “Saya dengan Bella sebenarnya sudah kenal lama, daripada sebelum Bella kahwin lagi. Masa Bella masih di Singapura lagi, memang sudah lama berkawan dengan dia.“Saya sebenarnya memang sentiasa ada bersama Bella dari dahulu, cuma jarang berkongsi di media sosial."Bagi saya, kehidupan peribadi dan kawan-kawan yang betul-betul rapat memang saya simpan rapi. Jadi mungkin orang nampak kami jarang bersama, tapi apa-apa yang berlaku kepadanya, saya sentiasa ada di hujung panggilan telefon,” katanya kepada mStar.Menyentuh keperibadian Bella yang sudah lama dikenalinya, Syamim menyifatkan ibu kepada dua cahaya mata itu sebagai seorang wanita luar biasa yang mengagumkan.ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak bila pula ‘bridesmaids‘ wajib yang popular atau artis?“ - Bella Astillah kongsi alasan pilih sembilan pengapitARTIKEL BERKAITAN: “Bukan semua benda kena tunjuk“ - Syamim Freida sokong Bella Astillah, hubungan akrab tak perlu bukti di media sosial“Dia seorang wanita yang sangat kuat. Saya boleh katakan dia sangat menakjubkan dengan tahap kesabaran yang sangat tinggi.“Nampak di luaran memang dia seorang yang lemah lembut dan baik hati, tetapi sebenarnya dalaman dia sangat kuat, seorang wanita besi,” ujarnya.Dalam masa sama, Syamim menzahirkan rasa sebak dan terharu apabila melihat sahabatnya itu akhirnya dipertemukan dengan pasangan yang menghargai dirinya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.“Saya sangat gembira untuk Bella, Alhamdulillah. Saya pasti Syed Saddiq sendiri akan menjaga dia dengan baik dan saya sangat terharu sebab akhirnya Bella jumpa lelaki yang betul-betul menghargai dirinya.Syamim gembira Bella berada di tangan lelaki yang benar. “Pesanan saya dalam perkahwinan ini, walau apa pun yang terjadi kita kena sentiasa memilih antara satu sama lain, banyakkan bersabar serta menjaga komunikasi bersama,” tambahnya.Sebelum ini, pemilihan sembilan pengapit wanita pada hari bahagia Bella sempat mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan status keakraban mereka.Bella tampil menegaskan barisan pengapit yang dipilih terdiri daripada individu yang benar-benar ikhlas dan sentiasa berada di sisinya.Untuk info, Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu.