suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] 26 tahun tak pernah berenggang, Linda Rafar sebak anak sulung luah hasrat berumah tangga

PENYANYI Linda Rafar tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila anak sulungnya, Rezaril Keifli meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas 26 tahun membesar di sisi keluarga.

Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata berita yang disampaikan anaknya yang mesra disapa Aril itu bukan sahaja mengundang kesedihan dalam dirinya, malah turut membuatkan adik-adik Aril menitiskan air mata.

Kata Linda, Aril memaklumkan hasrat untuk berkahwin pada Januari lalu, sekali gus menjadi momen penuh emosi buat mereka sekeluarga yang sememangnya mempunyai hubungan rapat.

“Kalau tanya fasal perasaan, sudah tentu rasa sedih sebab Aril ni tak pernah berpisah dengan kami, daripada bayi sampailah usia 26 tahun ni. 

Linda bersama bakal menantu, Ika di majls pertunangan pasangan itu pada petang Khamis.

“Jadi bila dia (Aril) cakap nak kahwin, bukan saya saja tapi adik-adik dia pun menangis. 

“Dia beritahu nak kahwin tu pada Januari lalu, adik bongsu dia nangis tersedu-sedu. Itulah momen yang orang lain tak tahu, betapa rapatnya hubungan kami sekeluarga,” katanya kepada mStar.

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pertunangan anak sulungnya, Aril & Ika yang diadakan di Habib Landmark, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Pasangan muda itu dijangka berkahwin pada 7 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ditipu setengah juta, Linda Rafar alami kemurungan... "Nafas saya seolah-olah berhenti bila tidur"

ARTIKEL BERKAITAN: Niat bantu anak tahfiz terbantut, Linda Rafar dedah alami kerugian hampir RM1 juta… Dianiaya sekumpulan individu berpangkat Datuk

Mengakui bukan mudah untuk menerima hakikat anak sulungnya bakal memulakan kehidupan baharu, Linda bagaimanapun sedar sudah tiba masanya untuk Aril membina keluarga sendiri.

“Susah sebenarnya nak menerima tetapi saya perlu akur kerana sudah sampai masanya untuk dia (Aril) ada kehidupan sendiri. 

“Cuma saya rasa bersyukur kerana dia jumpa Ika (tunang anak) kerana Ika seorang wanita penyayang, tidak mengongkong dan nak kawal anak saya. 

“Mereka berkawan lama dari sekolah, tapi hubungan mereka terputus sementara kerana masing-masing sibuk melanjutkan pelajaran. Bila sudah bekerja, barulah mereka bertemu semula,” ujarnya. 

Saya perlu akur kerana sudah sampai masanya untuk dia ada kehidupan sendiri. 

LINDA RAFAR 

PENYANYI

Dalam pada itu, Linda menyifatkan Aril sebagai seorang lelaki yang setia kerana Ika merupakan satu-satunya wanita yang pernah menjalin hubungan cinta dengannya.

Tambah Linda, dia juga melihat perubahan positif dalam diri Aril yang kini semakin matang dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Saya lihat Aril ni seorang yang setia. Kalau nak tahu, dia ada seorang saja teman wanita iaitu Ika. 

“Bukan nak puji anak tapi memang Ika sahajalah kawan dia, bila hubungan mereka pernah putus pun dia tidak bercinta dengan sesiapa sehinggalah mereka bertemu kembali. 

“Saya nampak anak saya sudah semakin matang. Dia lihat perjalanan saya membesarkannya. Masa kecil umur 10 tahun dia dah tak ada bapa kerana saya bercerai. Dia tahu saya membesarkannya sendiri,” katanya. 

Untuk rekod, Linda pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman, pada 1999 sebelum mereka bercerai pada 2004.

Linda di samping suami Syed Aiman (paling kiri), Aril dan Ika.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Aril dan Rezaiman Keifli. 

Bagaimanapun, Rezaiman meninggal dunia pada usia 12 tahun akibat ketumbuhan kronik di dalam perut.

Linda kemudiannya berkahwin dengan pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006. 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, iaitu Syed Rezaqiib, 18, Syed Rezariiq, 15, dan Syed Rezaliif, 10.

Artikel Lain