suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan laga hitam inspirasi busana Aina Abdul dalam MV lagu baharu

Setiap perincian di baju Aina membawa makna tersendiri.

PENYANYI Aina Abdul sekali lagi bekerjasama dengan pereka fesyen Melinda Looi untuk menghasilkan busana yang dipakai dalam video muzik (MV) lagu terbaharu berjudul Bluest Sky.

Mengambil inspirasi daripada ikan laga hitam, kata Melinda rekaan tersebut membawa makna tersendiri bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan Aina.

"Diinspirasikan daripada keindahan misteri ikan laga hitam, baju ini melambangkan kekuatan, kerentanan dan transformasi.

Aina teruja melihat rekaan Melinda. 

"Walaupun di bawah langit yang paling biru, jiwa paling gelap masih mampu menemukan sayapnya.

"Dengan sirip yang dramatik dan mengalir serta siluet memukau, ikan laga hitam menjadi simbol jiwa yang mengharungi kedalaman emosi dalam pencarian kebebasan, cahaya dan harapan," kongsinya.

Melinda menjelaskan perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya berserta rakaman video proses menghasilkan baju berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak tidur malam fikir Eurovision Asia 2026, 10 jam rakam ‘Bluest Sky’ sampai terpaksa pindah studio 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiba-tiba nampak muka lama saya”... Aina Abdul terkejut MV ‘Kelip2’ tular semula, tak ambil hati kutukan netizen

Menerusi ruangan kapsyen, dia turut menulis ikan laga hitam dengan gambaran di sebalik langit paling biru.

Tidak hanya itu, baju tersebut juga memberi makna tentang kehidupan yang lebih baik selepas berdepan ujian.

"Rekaan ini mengetengahkan kontra antara kegelapan dan cahaya, peringatan bahawa dalam waktu paling gelap keindahan akan datang," jelasnya.

Aina mempertaruhkan lagu 'Bluest Sky' di pentas Eurovision Asia 2026. 

Menerusi video berkenaan, Aina turut kelihatan keterujaan apabila mengenakan baju berkenaan buat pertama kali tanpa mempersoalkan rekaan Melinda.

Lagu Bluest Sky merupakan lagu ciptaan Aina sepenuhnya sempena penyertaannya dalam pertandingan Eurovision Asia 2026 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada November depan.

MV lagu berkenaan sudah mula ditayang di saluran YouTube Aina Abdul sejak 14 Oktober.

Artikel Lain