suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shuib pernah doakan Jep depan Kaabah, video tular buat netizen menangis

Peminat dedah Jep tidak pernah terima video doa daripada Shuib.

KEMELUT antara pelawak Shuib dan Jep semakin tegang apabila usaha untuk berdamai dilihat menemui jalan buntu. Malah, ia mungkin berlanjutan ke peringkat undang-undang.

Bagaimanapun, di sebalik konflik yang melanda persahabatan mereka, tular pula sebuah video lama memaparkan Shuib menitipkan doa buat Jep ketika menunaikan umrah sekitar 2024.

Menerusi video berkenaan, Shuib dilihat sebak ketika mendoakan kesejahteraan rakannya itu selain berharap Jep turut berpeluang menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah suatu hari nanti.

Antara rakaman yang tular mengenai doa Shuib buat Jep pada 2024 lalu.

“Betul-betul depan Kaabah, ya Allah, doa ini aku tujukan khas buat kawan aku Mohd Nadzri Zainal atau lebih mesra aku panggil Jep.

“Ya Allah, ampunkan dosa-dosanya, Ya Allah. Permudahkan urusan rezekinya, turunkan rahmat kebahagiaan atasnya dan keluarga, Ya Allah.

“Kau jemput dia ke mari, Ya Allah. Dia orang baik, Ya Allah. Angkatlah doa ini, Ya Allah, khas buat Mohd Nadzri bin Zainal,” luahnya dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Sepahtu pesan Shuib buang ego demi persahabatan dengan Jep

ARTIKEL BERKAITAN: Jep balas permohonan maaf, sudah ambil tindakan saman Shuib... ”Ini fasal fitnah”

Menurut pengguna Facebook dikenali sebagai Norsyahira Samin yang memuat naik rakaman berkenaan mendakwa video itu tidak diserahkan terus kepada Jep, sebaliknya diberikan kepada pelawak Rahim.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengapa video berkenaan tidak dihantar terus kepada Jep.

“Sayangnya video ini Shuib tak bagi terus kepada Jep, tapi bagi pada Rahim.

“Moga ada jalan untuk mereka berbaik dan jalan yang baik. Menangis kami tengok video ini,” tulisnya.

Shuib hantar video tersebut pada Rahim bukan Jep.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang berharap kemelut antara kedua-dua sahabat itu dapat diselesaikan secara baik dan hubungan mereka kembali pulih.

Sebelum ini, Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, mengakui kesilapannya selepas mengeluarkan kata-kata sindiran terhadap Jep ketika mengendalikan program Dol's Podcast.

Shuib membuat permohonan maaf itu selepas seminggu Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap cara dia dan Mamat mengendalikan audio siar berkenaan.

Kemelut Jep dan Shuib masih lagi berpanjangan.

Bagaimanapun, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung isu yang berlaku antara mereka.

Untuk rekod, Jep, Shuib dan Mamat pernah bersama dalam kumpulan lawak Sepah sebelum Mamat mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut.

Jep dan Shuib kemudian meneruskan perjalanan seni mereka menerusi kumpulan Sepahtu.

Kemelut persahabatan itu mula mendapat perhatian selepas Jep menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa Shuib dan Mamat pernah mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran terhadapnya ketika mereka masih bersama dalam kumpulan Sepah.

Artikel Lain