suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jep balas permohonan maaf, sudah ambil tindakan saman Shuib... "Ini fasal fitnah"

Jep (kiri) balas kenyataan Shuib.

MEMBALAS kembali video yang dimuat naik oleh Shuib, pelawak Jep Sepahtu memberitahu dia sudah mengambil tindakan undang-undang atas isu yang berlaku antara mereka.

Menerusi satu kapsyen ringkas, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, berkata tindakan menggunakan saluran undang-undang dibuat kerana menganggap apa yang diperkatakan Shuib sebelum ini sebagai satu fitnah.

"Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

Jep bakal ambil tindakan undang-undang. 

"Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan fasal sindir, ini fasal fitnah," katanya.

Jep memuat naik hantaran tersebut selang kurang satu jam selepas Shuib berkongsi video memohon maaf secara terbuka kepadanya.

Dalam video yang dikongsi, Shuib mengakui kesilapan sendiri apabila mengeluarkan kata-kata sindiran terhadap Jep ketika dia mengendalikan program Dol's Podcast.

ARTIKEL BERKAITAN: “Game apa kau nak main ni?” - Jep tiba-tiba ‘meletup’, muak Shuib ungkit isu sama... Tunjuk bukti WhatsApp tak berbalas 

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta maaf, harap isu dengan Jep selesai cara baik

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas seminggu Jep mengeluarkan kenyataan rasa kurang senang terhadap cara Shuib dan Mamat mengendalikan podcast berkenaan.

Untuk rekod, Jep, Shuib dan Mamat sebelum ini pernah bersama dalam sebuah kumpulan lawak Sepah.

Jep dan Shuib pernah bersama dalam kumpulan Sepah. 

Mamat kemudian mengambil langkah meninggalkan kumpulan tersebut dan Jep bersama Shuib meneruskan perjalanan seni di bawah nama Sepahtu.

Isu sebelum ini mula timbul apabila Jep dalam satu hantaran di Instagram mendakwa dua rakannya iaitu Shuib dan Mamat sengaja mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran ketika mereka masih bersama dalam kumpulan Sepah.

 

Artikel Lain