PELAWAK dan usahawan Shuib memberitahu dia sudah menghubungi rakannya, Jep Sepahtu susulan isu persengketaan antara mereka yang menjadi bualan hangat.Kata Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, satu mesej memohon maaf telah dihantar kepada Jep selepas rakannya itu membuat perkongsian meluahkan perasaan kurang senang terhadap sesi podcast yang dikendalikan. Malah dalam video berkenaan, Shuib dengan rendah hati berharap masalah antara mereka dapat diselesaikan secara baik."Selepas posting Jep pada 8 Oktober, tak sampai 24 jam iaitu pada pukul 1.51 pagi Jumaat saya WhatsApp dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan dan menyindir dia dalam podcast. Saya kira dia telah terima dan membacanya. Ini ujian buat saya, ini balasan atas kekhilafan saya berkata-kata.Shuib membuat permohonan maaf secara terbuka. "Khas buat Jep, aku mohon maaf. Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh hidup. Aku tak boleh menidakkan kenangan yang kita bina, selama kita bekerjasama, susah senang yang kita lalui dan kejayaan yang kita capai aku simpan sebagai satu kenangan paling indah."Aku minta maaf atas kekhilafan dan keegoan. Aku halalkan segala-galanya. Aku doakan semoga Allah mudahkan urusan kau, isteri dan anak-anak. Semoga Allah uruskan segala permasalahan kita dengan baik, Mohd Nadzri Zainal Abidin," katanya.Menerusi video berkenaan, Shuib juga memberitahu dia mengambil masa selama seminggu untuk tampil memberi kenyataan berhubung isu berkenaan selepas melaluinya dengan pelbagai kecaman di media sosial.Tidak hanya itu, menurut Shuib juga isu berkenaan turut memberi kesan kepada keluarga dan perniagaan sehingga ada yang menimbulkan fitnah.ARTIKEL BERKAITAN: Dah baca luahan panas Jep, ini respons Shuib! ARTIKEL BERKAITAN: “Game apa kau nak main ni?” - Jep tiba-tiba ‘meletup’, muak Shuib ungkit isu sama... Tunjuk bukti WhatsApp tak berbalasMembaca dengan teliti satu-persatu perkara berbangkit, Shuib dalam masa sama meminta orang ramai agar tidak melibatkan keluarga serta perniagaan dengan isu antara dirinya dengan Jep.Malah, dia juga mengambil kesempatan menjelaskan berkaitan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih tertunggak."Sekarang Bubble Bee telah buat bayaran ansuran selama 10 bulan kepada KWSP bermula Januari 2026. Insya-Allah akan berbaki 14 bulan lagi."Saya halalkan sesiapa sahaja yang kecam, hina dan fitnah isteri, anak-anak, keluarga dan perniagaan. Saya anggap ini ujian atas kekhilafan yang telah saya lakukan.Kemelut melibatkan Shuib dan Jep menjadi bualan di media sosial. "Mohon hentikan semua andaian, makian, kecaman dan fitnah. Semua perniagaan saya halal dan menjadi sumber pendapatan saya sekarang. Inilah jalan saya sekarang untuk membayar segala hutang Bubble Bee," luahnya.Isu sebelum ini mula timbul apabila Jep dalam satu hantaran di Instagram mendakwa dua rakannya iaitu Shuib dan Mamat sengaja mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran ketika mereka masih bersama dalam kumpulan Sepah.Susulan perkara itu, Shuib menjadi sasaran kecaman segelintir pihak yang turut mengaitkan keluarga dan perniagaan air Bubble Bee yang diusahakan sebelum ini.