PELAWAK Shuib memilih untuk tidak melayan luahan ditulis Jep Sepahtu yang mendakwa dirinya masih memainkan sentimen persahabatan demi meraih perhatian umum.Enggan mengheret kemelut yang sudah lama berlarutan itu ke satu lagi pusingan, Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. "Saya tak ada nak cakap apa-apa. Terima kasih," katanya ringkas ketika dihubungi mStar. Jep sebelum ini menunjukkan perbualan mesej bersama Shuib.Tambah Shuib, dia juga sudah membaca hantaran berkenaan selepas menerima tangkap layar daripada seorang rakan, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen."Ada kawan hantar screenshot hantaran tersebut, saya baca juga. "Takkan ada komen apa-apa daripada saya," ujarnya.Sebelum ini, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, memuat naik satu hantaran di Instagram tampil membidas Shuib yang didakwa terus memainkan sentimen persahabatan dalam kandungan podcast.ARTIKEL BERKAITAN: “Game apa kau nak main ni?” - Jep tiba-tiba ‘meletup’, muak Shuib ungkit isu sama... Tunjuk bukti WhatsApp tak berbalasARTIKEL BERKAITAN: Tiada faedah bergaduh! Jep Sepahtu nafi bermasam muka dengan Shuib, Mamat… "Kalau jumpa boleh tegur dan minum sekali"Kata Jep, dia sudah muak apabila Shuib berterusan memainkan isu sama dan menjadikan konflik persahabatan mereka sebagai bahan publisiti. Untuk rekod, kemelut antara kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat didakwa sudah tidak sehaluan sejak tahun 2014.Isu di antara mereka mula diperkatakan apabila Shuib dan Mamat berkongsi cerita bagaimana Sepah ditubuhkan menerusi temu bual dalam Dol's Podcast. Bagaimanapun, Jep tampil dengan satu kenyataan memberitahu cerita dikongsi dalam sebuah podcast kebanyakan direka atau ditokok tambah.