suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salina Saibi nasihat Tisha Shamsir lebih beradab, jumpa Yusof Haslam minta maaf

Salina kecewa dengan sikap Tisha.

PELAKON Salina Saibi meluahkan rasa kecewa apabila namanya didakwa turut dipetik oleh aktres Tisha Shamsir sehingga menjejaskan reputasi yang dibina selama bertahun-tahun.

Salina, 44, berkata perkara itu juga memberi kesan terhadap imejnya sebagai seorang anak seni, lebih-lebih lagi dia membawa watak anggota polis dalam drama bersiri Gerak Khas. 

"Apa yang dia kata telah busukkan nama saya. Bertahun-tahun saya bina dan juga menjaga nama baik, tetapi dia berani petik nama saya.

Komen dan perkongsian Salina di media sosial. 

"Perkara itu memberi kesan sehingga saya tahu ada yang memandang tidak elok kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Salina bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan perbuatan Tisha yang didakwa telah memburukkan namanya kepada pihak tertentu.

Salina sebelum itu dilihat meninggalkan komen sindiran dalam video yang dimuat naik di Instagram mStar memaparkan Tisha ditemu bual media semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi sebutan kes dadah melibatkan dirinya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tisha Shamsir minta maaf calar imej Gerak Khas” - Salina Saibi dedah mesej aktres dituduh kes dadah 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Inspektor Tisha’ Gerak Khas minta maaf cemarkan nama baik Yusof Haslam, harap netizen tak cepat hukum

Dalam pada itu, Salina meluahkan rasa kesal kerana Tisha masih belum mengambil inisiatif bersemuka dengan penerbit Datuk Yusof Haslam bagi memohon maaf.

"Kalau orang dah tabur tahi di rumah, apa yang patut dilakukan? Sepatutnya dia kena bersihkan kotor yang telah dia buat. Bagi saya dia tidak beradab. Dia tak minta maaf secara bersemuka dengan Datuk Yusof. Kami sudah lama bekerjasama, sudah seperti satu keluarga.

"Boleh sahaja dia pergi pejabat atau datang rumah Datuk Yusof seperti mana dia minta kerja dahulu," tegasnya.

Tisha ketika hadir ke mahkamah pada Khamis. 

Dalam prosiding yang berlangsung pada Khamis, mahkamah menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 7 Julai lalu, Tisha ditahan polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dalam sebuah serbuan Op Noda.

Susulan penahanan itu, Tisha didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan dadah dan diberikan ikat jamin RM1,000 pada 10 Julai lalu.

Menurut laporan, dia ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam Gerak Khas 2.0, Tisha diberi peranan melakonkan watak sebagai Inspektor Tisha.

Artikel Lain