suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tisha Shamsir minta maaf calar imej Gerak Khas” - Salina Saibi dedah mesej aktres dituduh kes dadah

PELAKON Salina Saibi mendedahkan aktres Tisha Shamsir telah memohon maaf kepada seluruh tenaga produksi drama Gerak Khas 2.0 susulan kontroversi yang sedang dihadapinya.

Salina, 44, dia beberapa kali cuba menghubungi Tisha kerana bimbang akan keadaan rakannya itu, namun panggilannya tidak dijawab.

"Banyak kali juga saya cuba hubunginya sebab risaukan dia. Sayanglah sahabat dah lama, bekerjasama dalam Gerak Khas dah macam satu keluarga. 

"Tetapi panggilan tak dijawab, cuma kami ada berkomuniskasi melalui WhatsApp. 

Tisha (kiri) dan Salina berkerjasama dalam drama Gerak Khas 2.0.

"Dia (Tisha) mohon maaf kepada semua (tenaga produksi) kerana sudah calarkan nama dan imej baik Gerak Khas," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Salina mengakui dia terkejut dan bimbang apabila mengetahui insiden yang membabitkan Tisha kerana ia turut memberi kesan kepada ramai pihak, termasuk produksi drama berkenaan.

"Saya terkejut sangat, risau, marah dan semestinya rasa sedih. Kita semua dalam industri ini cari rezeki dan penat bina nama Gerak Khas

"Bila jadi kes macam ini, tempiasnya boleh terkena kepada ramai orang lebih-lebih lagi pada drama ini dan syarikat produksi. 

ARTIKEL BERKAITAN: “No dadah!” - Salina Saibi beri amaran jaga nama baik Gerak Khas

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Inspektor Tisha’ Gerak Khas tak mengaku salah masukkan tiga jenis dadah

"Saya tak nak komen lebih daripada apa yang saya tahu. Kalau tak pasti jangan buat sebarang spekulasi dan provokasi, biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan," ujarnya. 

Mengulas mengenai video nasihat yang dimuat naik sebelum ini, Salina menjelaskan ia bukan ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya sebagai peringatan umum mengenai kepentingan disiplin dan profesionalisme dalam industri seni.

"Sebenarnya video itu bukan ditujukan kepada sesiapa atau sebab saya tahu apa-apa yang berlaku dalam set penggambaran. 

"Saya memang jenis suka ingatkan tentang disiplin dan tanggungjawab lebih-lebih lagi bila kita bawa nama besar dalam industri. 

"Kita (artis) kena jaga profesionalisme dan jauhi perkara yang menyalahi undang-undang, saya bukan menyindir kepada mana-mana individu," katanya. 

Sebelum ini, Salina berkongsi satu video yang memaparkan nasihat kepada pasukan produksi Gerak Khas 2.0 agar sentiasa menjaga disiplin dan tidak terlibat dengan sebarang masalah yang boleh mencemarkan nama baik produksi.

Salina turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakan seperjuangannya.

Video berkenaan dipercayai dirakam sebelum mereka memulakan penggambaran drama tersebut.

Untuk rekod, pada 7 Julai lalu, Tisha ditahan pihak polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine. 

Difahamkan, pelakon tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dalam sebuah serbuan Op Noda. 

Bagaimanapun, Tisha mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain