JARANG muncul di televisyen, pelakon Zizan Nin kini lebih selesa bekerja di belakang tabir berbanding tampil sebagai pelakon.Zizan atau Azizan Nin, 53, berkata dia lebih gemar memberi peluang kepada rakan-rakan artis lain membintangi sesebuah naskhah jika syarikat produksinya memperoleh sesuatu projek. “Syukur Alhamdulillah, kalau syarikat produksi saya dapat projek, saya lebih seronok kongsi rezeki dengan orang lain. Saya tak perlu berlakon pun tidak mengapa.Zizan seronok bekerja di belakang tabir.“Kalau berlakon pun sekadar suka-suka, mungkin satu atau dua babak sahaja. Kadang-kadang dapat watak orang buta, penjaga kubur atau watak-watak yang pelik,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Zizan berkata, sejak menubuhkan sebuah syarikat media digital pada Mac lalu, fokusnya kini lebih terarah kepada mengembangkan perniagaan berkenaan.Selain menguruskan syarikat, dia turut aktif berkongsi pengalaman sebagai tenaga pengajar jemputan di institusi pengajian serta bertindak sebagai perunding kreatif untuk pelbagai syarikat.ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Nin terkilan bekas pekerja burukkan namanyaARTIKEL BERKAITAN: “Kalian yang pergi masjid pakai kain pelikat, sarung seluar dalam ke tidak?” - Zizan Nin Jelasnya disebabkan itu juga dia sukar menerima tawaran berlakon, terutama yang memerlukan tempoh penggambaran yang panjang di luar kawasan.“Kalau watak pembantu pun kadang-kadang perlu berada di Terengganu atau Melaka dalam tempoh yang lama. Saya tak boleh sebab sudah ada komitmen dengan pelanggan syarikat.“Sebab itu saya lebih memilih untuk buat kerja di belakang tabir dan berkongsi rezeki dengan rakan-rakan artis yang lebih memerlukan,” ujarnya.Zizan syukur masih sihat pada usia 53 tahun.Dalam pada itu, Zizan berkata dia bersyukur kesihatannya berada dalam keadaan baik walaupun sebelum ini pernah bimbang menghidap kanser, sekali gus membuatkan dirinya bergerak bebas untuk bekerja.“Alhamdulillah doktor sahkan bukan kanser. Cuma doktor pesan supaya saya jaga kolesterol, bersenam, kurangkan gula dan jaga pemakanan.“Yang mencabar cuma waktu tidur kadang-kadang tak menentu kerana banyak membuat kajian dan menyiapkan cadangan projek,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!