ANAK kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam menjalani satu prosedur baharu sebagai sebahagian daripada rawatan penyakit kanser tulang yang dihidapinya.Menurut Amyza, 50, prosedur berkenaan bertujuan mengecilkan ketumbuhan pada kaki Adrian, 18, tanpa melibatkan organ lain. "Ini kali pertama Adrian menjalani prosedur menggunakan jarum paling halus yang akan dicucuk terus pada tumor itu tanpa melibatkan organ lain.Adrian sebelum ini berkongsi keadaan kakinya selepas disahkan menghidap kanser tulang."Prosedur itu bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi dan baru sahaja selesai sebentar tadi. Mohon doakan anak saya," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Amyza memaklumkan Adrian kini masih berada di bawah pemantauan doktor dan berharap prosedur berkenaan memberikan hasil yang positif.ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan terus berjuang, anak jalani 80 sesi rawatan kanser tulangARTIKEL BERKAITAN: [V] Cara jalan berubah, kaki bengkak... Berat badan anak Amyza Aznan makin susut sejak disahkan kanser tulang"Dia masih lagi dalam pemantauan doktor. Menurut doktor, Adrian dijangka mengalami demam sebagai tindak balas terhadap prosedur itu."Bagaimanapun, dia sedang berehat ketika ini dan akan dibenarkan pulang ke rumah hari ini juga," ujarnya.Sebelum ini, dalam temubual bersama mStar, Amyza memberitahu Adrian menunjukkan perkembangan positif apabila tumor yang dihidapinya tidak merebak ke bahagian lain.Amyza dan Adrian terus kuat berjuang.Bagaimanapun, Adrian dijangka perlu menjalani sekurang-kurangnya 80 sesi rawatan bagi membantu mengecilkan tumor tersebut.Pada Februari lalu, Amyza mendedahkan anak keduanya itu disahkan menghidap kanser tulang, kira-kira setahun selepas anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, bertarung melawan kanser paru-paru.Untuk rekod, Allahyarham Andre meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!