PELAKON veteran Sheila Mambo mendedahkan sudah hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon, sekali gus menyifatkan keadaan itu sesuatu yang di luar jangkaannya.Sheila atau Rusilawati Hasan, 63, berkata pada tahun lalu, dia hanya bergantung kepada projek drama pendek bagi meneruskan kelangsungan kerjaya seni. Namun, Sheila mengakui tidak mengetahui punca dirinya kini kurang menerima peluang berlakon."Sehingga kini saya memang sudah tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Sudah setengah tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.Sheila hanya bergantung kepada projek drama pendek buat masa ini."Tahun lalu pun saya cuma bergantung kepada projek drama pendek sahaja. Saya sendiri tidak tahu mengapa perkara ini terjadi," katanya kepada mStar. Shiela berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran filem Tiket Sehala yang diadakan di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya pada Khamis.Dalam pada itu, Sheila memberitahu walaupun hanya menerima tawaran drama pendek, bayaran yang diterima masih memadai jika mendapat projek secara konsisten pada setiap bulan.ARTIKEL BERKAITAN: Terima bayaran RM500 sehari… Sheila Mambo sanggup tolak tawaran lakonan, tak mahu rosakkan industri ARTIKEL BERKAITAN: Babak ‘naik kaki’, Sheila Mambo mohon jangan marah Janna Nick... “Dia minta maaf, tak rancang buat begini”"Kadar bayaran harian drama pendek ini tidaklah terlalu rendah. Pihak produksi akan membayar mengikut jumlah hari bekerja, misalnya sekitar RM1,500 jika penggambaran berjalan selama tiga hari."Jadi, sekiranya dalam sebulan saya boleh mendapat tawaran daripada tiga tempat produksi drama pendek, jumlah itu sudah memadai bagi saya,” ujarnya.Sementara itu, Sheila menegaskan seseorang pelakon perlu memberikan komitmen penuh terhadap setiap tawaran yang diterima tanpa mengira saiz atau platform sesebuah produksi."Bukan bermakna kita tiada pilihan lain, tetapi jika itu sudah jalan usahanya, kita terima sahaja. Walaupun sekadar drama pendek, status anda tetap seorang pelakon yang perlu membawa imej itu dengan baik."Bawalah watak tersebut dengan elok dan uruskan diri dengan betul di set penggambaran. Lakukan tugas anda sehabis baik seperti yang diperlukan dalam skrip atau yang diminta oleh pengarah," katanya.Sheila membintangi filem 'Tiket Sehala' yang akan ditayangkan di pawagam bermula 6 Ogos ini.Terbaharu, Sheila membintangi filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali, terbitan produksi Key Billions Sdn Bhd.Tiket Sehala merupakan kisah yang diinspirasi daripada kisah sebenar yang berlaku ke atas mangsa penipuan sindiket pekerjaan di luar negara. Selain Sheila, filem ini turut dibintangi oleh Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa dan Zaki Yamani.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!