suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bila pulang memang ‘burn-out‘ dan menangis” - Ezzanie Jasny letih watak berat

Ezzanie akui penat bawa watak wanita tersakiti.

PELAKON Ezzanie Jasny mengakui sudah lali apabila sering dilabel sebagai pelakon yang hanya sesuai memegang watak wanita teraniaya, didera dan sarat dengan air mata.

Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, mendedahkan impak daripada kerap membawakan watak berat itu menyebabkan dia mengalami keletihan melampau pada mental dan fizikal.

"Seperti biasa, rasa-rasanya semua orang pun tahu kalau cerita kena pukul-pukul, memang wajah saya. Ada kesan dan paling ketara terhadap mental dan fizikal, sangat penat.

Ezzanie harap ini merupakan tahun terakhir dia membawakan watak sebegini. 

“Bila pulang ke rumah memang burn-out (keletihan melampau) dan menangis," katanya kepada mStar ketika ditemui di majlis pelancaran Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre Malaysia, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terus terperangkap dalam zon selesa, Ezzanie berkata, dia mengambil keputusan tidak mahu lagi menerima naskhah genre berat selepas tahun ini.

Jelasnya, dia merindui untuk kembali ke set penggambaran yang lebih ceria seperti naskhah komedi romantik bagi memulihkan semula kesihatan mentalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal profesional sebagai rakan kerja, Ezzanie Jasny rasa pengalaman pertama dijodohkan

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 27 tahun tapi masih solo, Ezzanie Jasny teringin ada pasangan... Risau sasaran usia kahwin tak tercapai

“Insya-Allah mungkin tahun ini tahun terakhir saya berlakon watak wanita tersakiti. Kalau boleh tak mahu duduk dalam kepompong yang sama saja. Mungkin tahun depan saya nak tukar genre drama lain.

“Ya memang nak (komedi romantik), sebab itu saya beritahu mungkin tahun ini cuba habiskan untuk buat cerita-cerita berat. Harap tahun depan saya berubah ke genre lain dan gembirakan jiwa semula dengan buat cerita-cerita komedi romantik,” jelasnya.

Ezzanie rindu bawa watak ceria. 

Dalam perkembangan lain, Ezzanie bakal muncul dalam sebuah drama berjudul Bulan Henti Bicara.

Menerusi drama yang bakal ditayangkan bermula 27 Julai ini, Ezzanie bakal bergandingan dengan Azhan Rani, Azar Azmi, Ali Redza dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain