suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekal profesional sebagai rakan kerja, Ezzanie Jasny rasa pengalaman pertama dijodohkan

Ezzanie nafi bercinta dengan Lorenzo.

PELAKON Ezzanie Jasny menganggap tindakan peminat yang sering menjodohkan dia dengan aktor Lorenzo Irmann sebagai satu maklum balas yang positif selepas mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama. 

Ezzanie, 27, berkata, fenomena peminat menyunting video-video romantis mereka di media sosial membuktikan keserasian dan penceritaan drama sebelum ini berjaya meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

"Bagi saya itu normal sebab kita bawa cerita yang ringan, cerita bercinta. Dia (Lorenzo) seorang yang baik, bagus. Dia sangat membantu dan tak banyak main di lokasi penggambaran.

Ezzanie sifatkan Lorenzo sebagai seorang rakan yang baik. 

"Ya, saya perasan ramai orang sunting video kami. Bagi saya itu bagus sebab bermakna penceritaan itu sampai kepada mereka. 

"Ini pertama kali orang ganding-gandingkan saya dengan hero. Sebelum ini, hero saya semuanya sudah berkahwin atau sudah ada teman wanita. Jadi ini pengalaman pertama ramai yang edit," katanya kepada mStar. 

Ezzanie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 27 tahun tapi masih solo, Ezzanie Jasny teringin ada pasangan... Risau sasaran usia kahwin tak tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Masih trauma selepas kemalangan, Ezzanie Jasny fobia pandu kereta

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada wujud perasaan cinta di luar lokasi penggambaran, Ezzanie menegaskan hubungan mereka berdua tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

"Tidaklah, kami kekal profesional," jelasnya ringkas.

Sementara itu, menyentuh mengenai status dirinya yang sudah beberapa tahun tidak mempunyai kekasih, Ezzanie mengakui sebagai wanita berdikari membuatkan dia lebih selektif dalam memilih pasangan hidup.

Ezzanie masih kekal solo. 

Tidak menafikan ada beberapa lelaki yang cuba mendekati, namun dia memilih untuk meletakkan batas sekadar berkawan sekiranya mengesan sesuatu yang tidak kena.

"Saya rasa di umur sekarang, selepas sudah solo beberapa tahun ini, apabila ada orang baharu datang dalam hidup kita memang bagi peluang. 

"Tetapi apabila kita sudah terbiasa berdikari, kita tahu apa yang kita nak. Jadi, bila ada perkara yang rasa tak kena, terus jadi hilang minat sikit.

"Ada yang datang cuba mendekati, tapi selagi tidak ada ikatan apa-apa, kita berkawan sahaja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain