VOKALIS kumpulan Butterfingers, Emmett akhirnya tampil memberi respons terhadap dakwaan kononnya dia gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada bekas isteri selepas kembali mendirikan rumah tangga dengan pasangan baharu.Enggan mengulas panjang, Emmett atau Emmett Roslan Ishak, 49, menegaskan dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang telah ditetapkan. “Saya sudah ikut landasan syariah. Tapi kalau orang nak ikut stail Barat, silakan. Pada akhirnya, saya berserah kepada Al-Muqsith (Yang Maha Adil),” katanya kepada mStar.Emmett berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Butterfingers 1.2 Milligrams 30 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Rabu.Emmett lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi. Menurut Emmett, dia memilih untuk tidak membuka aib mana-mana pihak semata-mata bagi mempertahankan diri.Malah, dia mengakui sudah terbiasa dengan pelbagai tanggapan netizen terhadap dirinya, termasuk isu berkaitan tatu dan kisah silam.“Orang boleh bercakap apa sahaja. Saya dah buat apa yang saya patut, orang lain pun boleh buat cerita.“Saya tak perlu cakap banyak sebab pertama, ia peribadi. Kedua, ia tiada kaitan dengan anda. Ketiga, orang boleh bercakap dari pelbagai sudut.ARTIKEL BERKAITAN: "Dia didik anak dengan baik" - Raja Azura titip kata-kata semangat buat Abby Abadi, doa diberi ketenangan ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi kunci mulut kes mahkamah suami, sibuk cari duit untuk anak-anak“Jadi saya tak payah panjang lebar nak mengaibkan sesiapa dan saya pun nak move on,” ujarnya.Mengulas mengenai ketenangan yang dimiliki ketika berdepan kontroversi, Emmett berkata pengalaman pahit yang dilalui banyak mematangkannya.Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana kini menikmati kehidupan baharu bersama isterinya selepas melalui pelbagai episod duka.“Saya dah lalui yang teruk sekali dan saya dah keluar darinya. Ia ambil masa agak lama untuk menyesuaikan diri, ia bukan proses yang mudah. Akhirnya apa yang berlaku tetap berlaku dan kita perlu teruskan hidupEMMETTVOKALIS BUTTERFINGERS“Saya lalui banyak pengalaman, banyak kesilapan, banyak benda yang saya tak fikir panjang. Akhirnya apa yang berlaku tetap berlaku dan kita perlu teruskan hidup.“Selalunya ada halangan, tapi akan ada kemenangan dan hidayah selepas halangan itu. Masa kita marah dan sedih, kita cuma nampak masalah. Ia ambil masa untuk sembuh dan move on,” katanya.Sebelum ini, nama Emmett menjadi sebutan di platform X apabila timbul dakwaan dia culas membayar nafkah anak-anak.Emmett kembali mendirikan rumah tangga pada Disember 2024. Untuk rekod, Emmett pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Inggeris dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.Pasangan itu juga pernah berhijrah ke Kanada pada 2003 selama enam tahun bagi membolehkan Emmett menyambung pengajian sebelum kembali ke Malaysia.Dia bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci mengenai penceraiannya.Emmett kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nadira Hanum Akbar Shah pada 1 Disember 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!