ANUGERAH Juara Lagu Ke-40 (AJL40) terus melakar evolusi tersendiri sempena sambutan ulang tahun empat dekad penganjurannya dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan pengisian istimewa yang lebih berprestij.Menerusi acara AJL40: The First Look, TV3 mengumumkan pengiktirafan khas kepada dua pemuzik iaitu Faizal Tahir dan Hael Husaini atas sumbangan besar mereka dalam mencorakkan landskap muzik tanah air. Faizal dipilih atas peranannya yang versatil sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit muzik serta mentor yang banyak membimbing dan melahirkan generasi baharu penggiat seni.Faizal antara pemuzik yang banyak memberi sumbangan dalam industri seni. Sementara itu, Hael pula diiktiraf atas konsistensinya sebagai penyanyi dan pencipta lagu yang berjaya menghasilkan karya berimpak tinggi, bukan sahaja untuk diri sendiri malah buat barisan artis tempatan yang lain.Memasuki edisi ke-40, AJL tampil dengan tema “Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia” bersama slogan “Love Your Legacy, Elevate Your Future”. Tema itu bagi meraikan sejarah muzik tempatan sambil membuka ruang kepada pelapis generasi baharu.ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ini lebih tenang, Aina Abdul tak letak harapan menang AJL40 ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tangisan Seorang Pendosa’, ‘Kamu’, ‘Lemah’, ‘Nurcinta’ antara lagu layak ke AJL40Sementara itu, gandingan Naz Rahman dan Sissy Imann sekali lagi diberi kepercayaan untuk kembali sebagai hos selepas menerima maklum balas serta sambutan positif pada edisi lalu.Bagi memeriahkan liputan karpet merah, ia bakal dikendalikan oleh Fizi Ali bersama Fiza Frizzy.Visi kreatif aspek instrumentasi dan persembahan pula digalas sepenuhnya oleh komposer serta penerbit Aubrey Suwito yang dipilih sebagai pengarah muzik.Hael menerima pengiktirafan sempena AJL40. Bagi mendekatkan peminat dengan barisan finalis, siri jelajah Meet & Greet Yang Ke-40 turut dirancang di beberapa cawangan restoran McDonald's terpilih.Siri jelajah berkenaan akan memulakan tirainya di Ipoh pada 12 Julai 2026, diikuti Kuantan (18 Julai), Johor Bahru (25 Julai) sebelum melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur pada 1 Ogos depan.Jualan tiket sudah mula dibuka sejak 26 Jun lalu l menerusi laman web rasmi www.wowtix.com.myMalam kemuncak AJL40 bakal bersiaran secara langsung menerusi saluran TV3 dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!