suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ucapan ibu Aliff Aziz buat cucu, simpan gambar kenangan tiga tahun lepas

Anak sulung Aliff kini berusia sembilan tahun.

IBU kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkongsi ucapan buat cucu sulungnya, Ayden Adrean, yang menyambut ulang tahun kelahiran kesembilan pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafizah turut memuat naik gambar Ayden sedang melakukan panggilan video bersama Aliff yang dirakam tiga tahun lalu.

"Ini adalah gambar dan video terakhir awak tiga tahun lalu. Saya simpan dengan rapi," katanya.

Ucapan penuh bermakna Hafizah buat Ayden. 

Hafizah, dalam masa yang sama, turut menitipkan doa buat Ayden agar sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan membesar menjadi anak yang soleh.

Dia juga mengungkapkan kata-kata yang menyentuh hati dengan harapan dapat bertemu semula cucunya itu.

"Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan takwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah terhebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Terputus hubungan sejak tahun lalu, Aliff Aziz mahu jumpa anak-anak “Saya doa dapat sampaikan segala yang disimpan dalam hati” 

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz minta maaf pada anak, hanya mampu kirim doa sempena hari jadi

"Jika kita tidak dapat berjumpa lagi di dunia, Insya-Allah kita akan bertemu dalam kehidupan yang akan datang dengan izin Allah," luahnya.

Untuk rekod, Ayden merupakan anak sulung kepada Aliff hasil perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun sah bercerai pada 13 Julai 2024.

Selain Ayden, mereka juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, iaitu Ara Adreanna, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain