suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dia didik anak dengan baik" - Raja Azura titip kata-kata semangat buat Abby Abadi, doa diberi ketenangan

Raja Azura titip doa buat Abby Abadi.

PENGACARA dan pelakon Raja Azura menitipkan doa dan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Abby Abadi yang ketika ini sedang berdepan ujian kekeluargaan bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 54, berkata dia percaya kemelut yang melanda hubungan dua beranak itu akan menemui titik nokhtah tidak lama lagi. 

"Saya doakan semoga Allah memberikan Abby Abadi ketenangan dalam dirinya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Insya-Allah, dia akan berdamai dengan keluarganya.

Sebagai ibu, Kak Engku faham perasaan Abby Abadi. 

“Keluarganya semuanya dididik dengan baik. Dia sendiri mendidik anak-anaknya dengan baik, begitu juga Norman. Sebelum ini saya juga pernah melihat bagaimana keluarga mereka bersatu. Insya-Allah, pasti ada jalan," katanya kepada mStar.

Kak Engku berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre Malaysia, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Sebagai seorang ibu, Kak Engku turut menitipkan pesanan mendalam kepada golongan wanita yang senasib agar sentiasa mengutamakan kesejahteraan diri dan mental terlebih dahulu apabila diuji dengan masalah anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini perintah Allah“ - Raja Azura nak 'selamatkan' bekas suami soal kewajipan nafkah, tak reda hak anak-anak diabaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Azura derita tiada duit bayar rumah, diberhentikan kerja… Menangis besarkan tiga anak seorang diri 

“Dalam situasi sebagai seorang ibu, apa sahaja yang berlaku, jangan ambil hati dan jangan simpan dalam hati. Sebab yang paling penting ialah kita perlu menjaga diri sendiri, hati dan mentaliti kita.

“Kalau kita sayang pada diri sendiri, jagalah diri kita. Sebab orang lain tidak akan mampu menjaga diri kita melainkan diri kita sendiri," ujarnya.

Ditanya mengenai segelintir individu yang sering meluahkan konflik peribadi di media sosial, Kak Engku menegaskan setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza.

“Macam saya lebih suka berdiam diri. Bagi saya, semakin banyak kita bercakap, semakin banyak kita melakukan kesilapan. Saya tidak mahu jadi begitu.

Kisah Abby Abadi dan Marissa menjadi perhatian ramai di media sosial. 

"Apabila saya terlalu banyak bersuara, semakin banyak saya bercakap, semakin banyak kesilapan yang saya lakukan. Jadi saya rasa bersalah kepada diri sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, nama Abby Abadi dan Marissa kembali menjadi bualan selepas anggota kumpulan Elite itu memuat naik beberapa hantaran berupa luahan emosi di media sosial berkaitan kemelut dalaman keluarga mereka.

Dalam perkembangan lain, Kak Engku bakal membuat kemunculan semula sebagai pengacara program realiti  Kilauan Emas Selebriti tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain