PELAKON Azar Azmi mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan kes mahkamah yang melibatkan suaminya, Mohd Apri Hazreen.Azar, 37, berkata, dia perlu menghormati proses perundangan yang sedang berjalan selain akur dengan arahan pihak berkuasa agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka. "Bab itu saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab sebelum saya hadiri mana-mana acara ke atau berjumpa dengan sesiapa, Azar sendiri akan hubungi pihak yang tertentu untuk bertanya sama ada boleh atau tidak soalan begini dijawab.Pihak berkuasa minta Azar untuk tidak bercakap mengenai kes yang sedang berlangsung. "Tapi bab ini saya memang tak boleh nak sentuh langsunglah sebab kita serahkan sepenuhnya dekat pihak berkuasa. Itu atas pengurusan mereka sebab benda ini masih lagi berjalan. "Itu sahaja yang saya boleh cakap," katanya kepada mStar. Azar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre Malaysia, Kuala Lumpur pada Selasa. Mohd Apri sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 56 tahun sehingga memperdayakan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM270,811 bagi mendapatkan tanah kurniaan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak wujud.Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret pula, Mohd Apri turut didakwa memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, yang juga tidak wujud.ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi guna duit sumbangan Aliff Syukri langsai hutang suami, bukan bayar ikat jamin seperti didakwaARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mereka masih ada ibu” - Azar Azmi tak jaga tujuh anak tiri, kahwin selepas suami bercerai dengan bekas isteriDalam pada itu, Azar turut tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan laporan kononnya dia giat bekerja demi mengumpul wang bagi mengikat jamin atau membebaskan suaminya itu.Tegas Azar, fokus utamanya kini hanyalah untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup anak-anak."Kenyataan mana tu? Tak, kenyataan itu Azar tak pernah keluarkan. Tak ada. Bukan saya. Salahlah tu. Sekarang ini Azah hanya fokus mencari duit untuk menguruskan anak-anak terutamanya," ujarnya.Meskipun keadaannya kini semakin tenang, Azar mengakui dia masih lagi berdepan rasa bimbang dan trauma setiap kali melangkah keluar daripada rumah kerana sukar untuk membaca niat sebenar manusia.Fokus Azar mahu mencari duit demi anak-anak. "Masih sama (risau). Sebab kita nampak orang tu manusia, tapi hati dia kita tak tahu macam mana. Jadi Azar masih lagi berhati-hati sebab kita tengok orang tu macam suka kita, tapi kita tak tahu belakang kita macam mana."Kita nampak orang itu macam tak suka kita, padahal dia menjaga kita. Yang penting, apa-apa pun kena berhati-hatilah," kongsinya.Sementara itu, Azar yang kembali aktif menerusi drama Bulan Henti Bicara meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan untuk terus berkarya dalam industri seni.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!