suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih aktif menyanyi, Wani Syaz akur Gen Z kurang kenal sejak menetap di Johor

Wani sedar namanya semakin dilupakan.

PENYANYI Wani Syaz memberitahu dia tidak pernah meninggalkan dunia seni meskipun kini aktif menjalankan perniagaan dan menetap di Batu Pahat, Johor.

Kata Wani atau Nursyazwani Selamat, 29, kerjaya nyanyiannya terus berjalan dan dia masih menerima undangan untuk membuat persembahan di beberapa buah majlis.

"Kali terakhir saya keluar dengan lagu baharu pada tahun 2023. Memang lama tiada single, tetapi kerjaya seni masih berjalan seperti biasa.

Wani masih terbuka menerima undangan menyanyi. 

"Cuma mungkin sekarang saya sudah jarang mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Di sini (Johor), saya masih menerima tawaran menyanyi.

"Sekarang pun saya ada perniagaan sendiri, jadi dah terbiasa dengan kehidupan yang berbeza. Syukur masih ada yang beri undangan dan saya faham jika berdepan situasi tiada tawaran," katanya kepada mStar.

Wani pada masa sama akur jika namanya kurang menyerlah dalam kalangan peminat muda disebabkan tiada lagu baharu dilancarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Syaz kini tunang usahawan 6 tahun lebih muda 

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Syaz akui kecil hati sering dibandingkan dengan Wany Hasrita

Tambahnya, perancangan untuk tampil dengan lagu baharu sentiasa ada dan dia masih mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman.

"Mungkin sekarang ini saya boleh kata kerjaya nyanyian sudah jadi sampingan sebab tiada lagu baharu untuk dipromosikan. Kalau ada lagu baharu nanti saya akan kembali aktif.

"Untuk lagu baharu, ada perancangan mengadakan kolaborasi kembali bersama Juzzthin. Tunggu dia beri jawapan sahaja," jelasnya.

Wani rancang untuk tampil dengan lagu baharu. 

Wani sebelum ini berkongsi khabar gembira apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Habib Safwan pada 27 Jun lalu.

Meletakkan tempoh setahun sebelum berkahwin, penyanyi ini juga memberitahu bakal suaminya tidak pernah menghalang untuk dia meneruskan kerjaya seni.

"Saya pun tiada perancangan untuk berhenti menyanyi selepas kahwin," ujarnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain