PENYANYI Yazmin Aziz mendakwa dirinya masih menjadi mangsa buli hanya disebabkan dia memiliki darah kacukan.Meluahkan perkara tersebut, Yazmin, 25, turut memberitahu ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana dia pernah berdepan situasi sama sejak di bangku sekolah lagi. Perkara itu membuatkan dia sering mempersoalkan kelebihan memiliki darah kacukan Melayu dan Filipina.Luahan Yazmin mendakwa dia menjadi mangsa buli. "Sejak kecil saya dah jadi mangsa buli. Ingatkan bila dah habis sekolah, semuanya berhenti."Rupanya tidak. Dibuli kerana berdarah kacukan. Kadang-kadang tertanya juga, salah saya ke dilahirkan begini?" ujarnya dalam satu hantaran di Threads.Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons daripada pengikut di media sosial yang turut berkongsi nasihat kepada Yazmin.ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz buat persembahan khas di Mongolia ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz sudah selidik ‘background’ kekasihMalah, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri menjadi mangsa buli.Sementara itu, dalam satu perkongsian berbeza, Yazmin turut mendakwa berdepan ada pihak yang cuba mematahkan usahanya dalam mencapai cita-cita.Yazmin tidak patah semangat apabila menjadi mangsa buli. "Senang sangat nak jatuhkan semangat orang. Dah ramai cuba sejak saya kecil."Saya terus kekal di jalan sendiri, bekerja keras mengejar impian dan mencari rezeki yang halal. Selebihnya saya serahkan kepada Allah," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!