PENYANYI asal Indonesia, Isyana Sarasvati meluahkan rasa kecewa susulan pembatalan konsert solonya di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 17 Julai.Menulis secara ringkas, Isyana, 33, turut memohon maaf kepada peminat di Malaysia yang sudah menantikan persembahannya. "Saya tahu ramai yang sudah menunggu. Saya juga kecewa seperti anda.Isyana turut memohon maaf kepada peminat. "Saya minta maaf kerana telah mengecewakan anda semua. Saya harap akan ada peluang untuk menebus semula dan berjumpa anda semua di Kuala Lumpur. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di Instagram.Sebelum itu, kenyataan mengenai pembatalan konsert tersebut diumumkan menerusi laman media sosial Sarasvati Stage yang merupakan platform perkongsian perjalanan seni penyanyi berkenaan.Difahamkan, pembatalan konsert Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur dibuat susulan jualan tiket yang tidak mencapai sasaran.ARTIKEL BERKAITAN: Senarai artis global bakal hiburkan peminat Kuala Lumpur, BTS dan The Weeknd antara menjadi tumpuan ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Kelate Ke KL 2026 peluang penyanyi wanita Kelantan beraksi di pentas besar"Dengan penuh rasa dukacita, kami mengumumkan bahawa konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 Julai 2026 terpaksa dibatalkan."Selepas membuat pertimbangan yang teliti, kami mengambil keputusan yang sukar untuk tidak meneruskan penganjuran acara ini berikutan jumlah jualan tiket semasa masih belum mencapai tahap yang diperlukan bagi membolehkan konsert diadakan," jelas kenyataan tersebut.Dalam masa sama, pihak penganjur turut meluahkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seni Isyana.Pengumuman pembatalan konsert Isyana. Sementara itu, peminat yang telah membeli tiket akan menerima makluman berkaitan proses penebusan bayaran."Kami memahami kekecewaan anda semua, lebih-lebih lagi buat mereka yang telah membeli tiket dan merancang untuk bersama kami."Kami sedar ramai yang telah meluangkan masa, mengatur perjalanan serta menantikan peluang untuk berkongsi malam istimewa bersama Isyana," katanya.Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 17 Julai di Zepp Kuala Lumpur.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!