suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharifah Zarina selesa berlakon, mula fahami hubungan rapat sesama artis

Zarina mahu terus mencuba dalam bidang lakonan.

BERMULA daripada sekadar mencuba, penyanyi Sharifah Zarina tidak menyangka bidang lakonan kini mula menjadi minatnya.

Biarpun begitu, kata Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 45, dia lebih selesa memilih tawaran yang tidak memerlukan komitmen masa yang terlalu lama kerana perlu fokus kepada keluarga.

"Bermula dengan satu drama, kemudian dua, tiga dan kini sudah berlakon dalam lima drama. Saya rasa berlakon sudah menjadi minat.

Zarina memilih tawaran yang sesuai mengikut masa. 

"Namun, komitmen masa kurang mengizinkan. Saya tak boleh nak ambil tawaran terlalu kerap. Sekarang ini saya lebih kepada menjaga keluarga.

"Saya sudah selesa dan lebih tenang. Saya seperti sudah ada kehidupan yang lain," katanya.

Terbaharu, Zarina tampil membawa watak Puan Seri Aufa dalam drama berjudul Wish List yang kini ditayangkan di saluran Astro Ria.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Zarina bengang anak perempuan diganggu suami selebriti terkenal… “Jangan nanti kantoi, cakap anak saya yang menggatal” 

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir tidak berbakat, anak Sharifah Zarina sedar tak layak menyanyi di pentas pertandingan

Bercerita tentang penglibatannya di lokasi penggambaran, Zarina mengakui bidang lakonan memberi pengalaman berbeza apabila dapat melihat sendiri cara bekerja sebagai seorang pelakon.

"Saya dah lama menjadi penyanyi, tetapi dalam bidang lakonan saya masih baharu. Banyak pengalaman saya dapat walaupun hanya berlakon dalam beberapa drama.

"Dulu ketika aktif menyanyi, saya rasa hubungan antara artis tidak begitu rapat kerana selepas membuat persembahan terus balik. Apabila berlakon, barulah saya faham kenapa hubungan antara pelakon sangat rapat.

Sekarang ini saya lebih kepada menjaga keluarga

SHARIFAH ZARINA

PENYANYI/PELAKON 

"Bermula dengan tidak saling mengenali pada hari pertama, namun akan rasa sedih bila nak berpisah. Dari situ yang membuatkan saya seronok nak berlakon," ujarnya.

Sementara itu, berkongsi tentang watak Puan Seri Aufa, menurut Zarina, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu membawa karakter yang berbeza daripada dirinya.

"Watak ini seorang isteri yang baik. Namun, dalam hatinya banyak yang tersimpan. Dia merelakan kesedihan tersebut dan meminta suaminya berkahwin lain.

Zarina bergandingan dengan Qi (kiri) dalam drama Wish List. 

"Cabaran dalam drama ini ialah saya kena jadi baik, sedangkan saya memiliki suara yang kasar. Kena betul-betul jadi ibu penyayang. Saya bukanlah seorang yang lemah lembut," ceritanya.

Selain Zarina, drama arahan Michael Ang ini turut menampilkan pelakon lain seperti Arabella Ellen, Lorenzo Irman, Qi Razali dan Ramona Zamzam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain