PENYANYI Sharifah Zarina secara terbuka mendedahkan anaknya, Athalia diganggu seorang lelaki berstatus suami orang.
Lebih mengejutkan, dalam hantaran yang dimuat naik, Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, memberitahu individu berkenaan adalah suami kepada seorang selebriti.
"Daripada balas story di Instagram kononnya tanya khabar, akhirnya ajak keluar berdua tanpa anak dan isteri dia. Berani sungguh!

Perkongsian Zarina di Threads.
"Jangan nanti terkantoi dengan isteri awak yang juga selebriti terkenal itu. Selepas itu cakap anak saya yang menggatal," katanya.
Zarina menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Sabtu.
Menurut Zarina, pendedahan yang dibuat secara terbuka itu kerana enggan merosakkan rumah tangga pasangan itu sekiranya dia memilih untuk menghubungi selebriti itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Disindir tidak berbakat, anak Sharifah Zarina sedar tak layak menyanyi di pentas pertandingan
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sharifah Zarina dan Elliot James Reay rupanya sudah lama kenal, selalu datang lepak di rumah
Malah Zarina meminta lelaki berkenaan tidak lagi mengganggu anaknya.
"Ini satu jalan terbaik untuk hentikan tanpa sakitkan hati sesiapa kecuali yang berkenaan.
"Saya tulis sebab tahu perkara ini akan sampai kepada awak. Boleh sahaja nak mesej awak atau isteri tapi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga.

Zarina minta lelaki berkenaan berhenti ganggu anaknya.
"Takut juga nanti akhirnya yang berbaik korang, yang jahatnya kami," ujarnya.
Zarina juga memberitahu dia mengenali individu berkenaan dan menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang baik.
"Saya akui sepanjang mengenali memang awak sangat baik orangnya. Tetapi sebagai suami perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
"Taste Athalia bukan macam awak," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


