KONSERT kumpulan rock, My Chemical Romance (MCR) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 April dan 1 Mei 2026 ditunda ke November 2026.
Menerusi kenyataan rasmi, pihak MCR memaklumkan semua tarikh konsert di Asia Tenggara ditangguhkan, namun menegaskan persembahan tersebut tidak dibatalkan.

Pengumuman pihak MCR di instagram.
“Kami akan menunda tarikh jelajah Asia Tenggara ke November 2026. Semua persembahan ini tidak dibatalkan,” katanya menerusi siaran media yang dikeluarkan.
Selain itu, mereka turut memberi jaminan bahawa semua tiket yang dibeli sebelum ini akan terus sah dan diterima untuk tarikh baharu, tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada peminat.
Bagi peminat yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh baharu, pilihan bayaran balik (refund) akan disediakan mengikut ketetapan pasaran masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 Tahun, My Chemical Romance Berpecah
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat bekas pemain dram My Chemical Romance ditemukan sudah reput di rumah
MCR juga menzahirkan penghargaan terhadap maklum balas positif peminat dan memaklumkan mereka amat bertemu di Kuala Lumpur pada November 2026.
Dalam masa sama, kumpulan itu menegaskan semua konsert lain sepanjang tahun 2026 akan diteruskan seperti dirancang.
Walaupun ditunda, Kuala Lumpur kekal sebagai satu-satunya bandar di Asia Tenggara yang dipilih untuk penganjuran konsert MCR selama dua malam berturut-turut, iaitu pada 19 dan 20 November 2026.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


