suria

Selepas 12 Tahun, My Chemical Romance Berpecah

My Chemical Romance
My Chemical Romance
My Chemical Romance

SETELAH 12 tahun memerjuangkan muzik rock, kumpulan rock terkenal My Chemical Romance memutuskan untuk berpecah.

Band yang popular dengan lagu Helena itu mengumumkan hal tersebut melalui laman web rasmi mereka.

"Kami bersyukur dapat bersama selama 12 tahun, tapi kini kami putuskan untuk berpisah dan tidak tahu bila akan bersatu kembali," tulis vokalis kumpulan tersebut, Gerard Way Cs turut pada Ahad.

Tambahnya, mereka turut berterima kasih terhadap peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya kumpulan tersebut.

"Kami sudah melalui pelbagai pengalaman manis dan pahid bersama-sama dan kini tiba saat untuk berpisah," katanya.

Band tersebut dianggotai oleh Gerard Way (vocal), Ray Toro (gitar), Mikey Way (bass) dan Frank Iero (gitar).

MCR sudah memulai karjaya sejak 2001 lalu. Sepanjang 12 tahun karier mereka, empat buah album telah dikeluarkan.

Artikel Lain