ALBUM BARU: 'KRUnomena' Ubat Rindu Peminat KRU - Hiburan | mStar

ALBUM BARU: 'KRUnomena' Ubat Rindu Peminat KRU

ALBUM: KRUnomena

ARTIS: KRU

EDARAN: United Studios Sdn Bhd

SELEPAS enam tahun tanpa album, kumpulan adik beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim yang telah pun melakar nama di industri hiburan tempatan selama 21 tahun muncul dengan album KRUnomena.

Album yang ke 15 itu seperti biasa menampilkan Edry selaku komposer dan penerbit sepenuhnya untuk album ini.

Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan iaitu Semalam Tanpamu (menampilkan Stacy), Setiap, Kesejatian Cinta, Ganas, Separuh Mati, Tiga Kata, Wanita, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2 (ciptaan Norman).

Menariknya tentang lagu-lagu dalam KRUnomena, setiap satunya mempunyai makna yang tersendiri kepada mereka tiga beradik.

Penampilan khas Stacy sebagai 'bunga' dalam album ini memberi kelainan sedikit pada lagu Semalam Tanpamu. Melodi pop rock dengan suntikan unsur ganas cukup komersial dalam menarik perhatian pendengar yang bukan daripada kalangan peminat KRU.

Selain itu, lagu Kali Ke-2 merupakan susunan baru kepada lagu lama yang pernah menjadi hit iaitu Dua.

Difahamkan ini merupakan permintaan khas Yusry sendiri yang meletakkan nilai peribadi ke dalam lagu tersebut.

Secara keseluruhannya, gaya penyampaian muzik KRUnomena masih lagi sama seperti album-album sebelum ini namun pada masa sama suntikan muzik baru tetap ditonjolkan sebagai mengikut peredaran muzik masa kini.

Album tersebut sudah pun berada di pasaran bermula 31 Januari termasuk penjualan secara fizikal dan digital.

Peminat juga boleh membeli album melalui United Studios Facebook (untuk ditandatangani dan dengan mesej peribadi).

Klip video lagu-lagu dalam KRUnomena boleh ditonton menerusi laman Youtube.

Album KRUnomena dijual dengan harga RM29.90.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Raja Ilya Ratu Filem Tamil

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain