PELAKON Uqasha Senrose sekali lagi tampil bersuara berhubung kemelut rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli apabila menegaskan keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya sudah tidak mampu untuk meneruskan perkahwinan itu.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, keputusan itu melibatkan masa depan dirinya dan dibuat dengan penuh pertimbangan.
“Dengan rasa rendah diri, saya sudah tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan atau buktikan kerana semuanya sudah saya buat.

Uqasha tetap bersabar walaupun dihina netizen.
“Ini melibatkan masa depan saya dan keputusan untuk berpisah dengan Ahmad Kamal Ahmad Adli atas sebab saya sendiri tahu dan lalui,” katanya.
Uqasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada awal pagi Sabtu.
Dalam pada itu, Uqasha turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dia memilih untuk berpisah kerana faktor kewangan.
“Saya nak betulkan satu perkara. Ada yang kata saya nak orang kaya. Jadi kamu semua yang menilai itu kata dia tidak kaya?
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose akui bodoh pilih berdiam diri tutup kisah penderaan suami, pertahan tindakan bapa
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli dayus, tak rela anak dipukul hari-hari - “Kalau kau jantan, lepaskanlah!”
“Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit. Demi Allah, demi anak saya Hawra Uqaira,” tegasnya.
Mengulas dakwaan kononnya dia bergantung sepenuhnya kepada suami, Uqasha menjelaskan dia tetap bekerja walaupun ketika sedang hamil.
“Saya bekerja ketika hamil, drama Jangan Lupa Janji adalah drama terakhir saya sebelum perut mula nampak.
“Ketika kandungan masuk tiga ke empat bulan, saya berhenti berlakon dan fokus menjaga kandungan hingga sembilan bulan,” katanya.
Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit.
UQASHA SENROSE
PELAKON
Tambah Uqasha, sepanjang tempoh kehamilan dia turut menerima tawaran sebagai duta produk, kempen tudung selain aktif menjalankan perniagaan dalam bidang makanan dan kosmetik.
Malah Uqasha mengakui keputusan untuk berpisah dibuat selepas melalui beberapa kejadian yang membuatkan dia berfikir panjang sebelum memilih tarikh 1 Oktober 2025 sebagai titik penting dalam hidupnya.
“Saya berfikir sangat lama untuk membuat keputusan besar ini. Sebelum kejadian sekarang yang datang bertubi-tubi, ujian dan dugaan sudah lama berlaku. Jadi saya mohon, lepaskanlah saya.

Uqasha kekal dengan pendiriannya mahu bercerai dengan Kamal.
“Saya maafkan semua yang mengecam dan memaki hamun saya setiap hari. Saya anggap kalian tidak tahu perkara sebenar. Benda ini saya yang lalui, bukan kamu semua,” ujarnya.
Dalam masa sama, Uqasha menegaskan Kamal tetap akan menjadi bapa kepada anak mereka dan hubungan itu tidak akan terputus.
Mengakhiri luahan, Uqasha menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan individu yang setia berada di sisinya ketika susah dan senang.
Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Antara coretan Uqasha di Instastory miliknya.
Bagaimanapun peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga.
Susulan itu, mahkamah menetapkan prosiding perceraian di antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari 2026.
Pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


