suria

Bapa Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli dayus, tak rela anak dipukul hari-hari - “Kalau kau jantan, lepaskanlah!”

Bapa tak mahu Uqasha terus diseksa.

BAPA kepada pelakon Uqasha Senrose meminta menantunya iaitu Kamal Adli agar segera mempercepatkan proses perceraian selepas anaknya mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Nik Sen Mat Rifin turut menyifatkan Kamal sebagai suami yang dayus kerana didakwa sanggup menyiksa fizikal dan mental anak perempuannya itu.

“Kamal kalau kau jantan, lepaskanlah senang cerita. Kalau dia dah taknak dekat kau nak buat apa lagi? Kau ini dayus,” katanya dalam temu bual bersama Melodi.

Bapa Uqasha turut hadir memberi semangat kepada anaknya di mahkamah.

Kata Nik Sen, dia tidak mahu Uqasha terus menjadi mangsa sekiranya anaknya itu memberi peluang kedua buat aktor berkenaan.

Tegasnya, dia juga tidak rela melihat Uqasha menjadi mangsa penderaan sepanjang berada dalam hubungan perkahwinan.

“Kalaulah kata berbaik sekalipun tapi benda sama tetap berlaku, buat apa? Saya juga tak rela anak saya dipukul hari-hari,” luahnya lagi.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli dakwa Uqasha Senrose 'gila' dalam mahkamah... “Kalau tak waras, saya tak jaga anak seorang diri”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli tak sediakan nafkah diri dan anak… “Netizen kata dia kerja untuk saya, walhal tak! Saya cari duit sendiri”

Bagaimanapun peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga.  

Susulan itu, mahkamah menetapkan prosiding perceraian di antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari depan. 

Pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain