suria

Uyaina Arshad terkilan, gambar dan video dijadikan peluang cari untung tanpa izin… “Berkat ke itu?”

Uyaina kecewa perkongsian disalah guna.

PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap perkongsiannya di media sosial.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata individu berkenaan menggunakan foto serta video miliknya bagi tujuan promosi produk sekali gus meraih keuntungan tanpa mendapatkan kebenaran.

Menurut Uyaina, hampir setiap perkara yang dikongsikan olehnya termasuk barangan yang digunakan sering disalah guna oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan promosi produk secara ‘affiliate’.

Uyaina kecewa perkongsiannya disalah guna.

“Hampir semua benda yang saya cakap bagus, saya guna, saya pakai, ada sesetengah orang ambil, tangkap layar dan terus promosi produk mereka,” luahnya menerusi satu hantaran di  Threads.

Lebih mengecewakan, ada juga pihak yang meletakkan pautan produk pada perkongsian tersebut seolah-olah ia merupakan sokongan atau endorsement daripada dirinya.

“Kalau tak kongsi, kata saya gatekeep. Bila kongsi, terus jadikan endorsement untuk jual balik produk dengan pautan mereka. Ada yang siap guna gambar dan video saya. Berkat ke itu?” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad hamil tiga bulan, ini yang terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘lari’ lepas kecam, Uyaina Arshad cabar ajak jumpa... Jawab dakwaan sombong di bank

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib Uyaina dan bersetuju tindakan sedemikian semakin berleluasa.

“Kalau saya, setiap video atau gambar akan letak watermark. Usaha sendiri langsung tak ada, semua nak ceduk hasil artis.

“Bila dunia jadi tujuan, halal haram dan keberkatan bukan lagi keutamaan,” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain