PELAKON dan usahawan, Syahir Shafein mengakui perancangannya untuk berkahwin pada usia 30 tahun terpaksa ditunda selepas dia masih belum menemui pasangan yang sesuai.
Syahir, 30, berkata dia sebelum ini meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga tahun ini, namun terpaksa akur jodohnya masih belum muncul.
“Sejujurnya tekanan tu memang ada… lagi-lagi bila balik kampung. Mak cik dan pak cik akan tanya bila saya nak kahwin.
“Saya hanya mampu jawab saya sedang berusaha. Kadang-kadang orang tak nampak usaha kita, tapi kita terus doa dan cuba,” katanya.

Syahir belum bertemu jodoh sesuai dan kini fokus kerjaya dan masa depan.
Menurut Syahir, fokus utamanya kini adalah mengukuhkan kedudukan dalam industri dan memastikan masa depannya lebih terjamin sebelum membawa wanita ke alam rumah tangga.
“Tahun ini saya banyak belajar tentang kerjaya dan hala tuju hidup. Kalau nak menuju ke fasa seterusnya, saya nak pastikan saya sudah cukup stabil,” ujarnya.
Syahir berkata sasaran yang lebih realistik untuk 2025 dan 2026 adalah mengumpul aset terlebih dahulu.
“Saya tengah usaha untuk beli rumah pertama dan juga kereta impian.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Projek Kahwin' Bukti Istana Budaya Beri Peluang Kepada Karyawan Muda
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perlu RM400 ribu tampung pengajian di Amerika, Jasmine Suraya jual barang peribadi
“Itu antara wishlist utama saya sekarang. Bagi saya, sebelum fikir tentang kahwin, saya nak pastikan saya ada sesuatu untuk ditawarkan dan boleh beri keselesaan kepada bakal pasangan nanti,” jelasnya.
Katanya, perjalanan kerjaya yang semakin berkembang membuatkan dia lebih fokus ke arah perancangan jangka panjang berbanding memikirkan tekanan orang disekeliling.
Walaupun belum bertemu cinta hati, Syahir percaya masa yang tepat akan datang apabila dirinya benar-benar bersedia.

Syahir mahu mengumpul aset sebelum mendirikan rumah tangga.
“Saya bukan menolak atau memilih sangat, cuma belum jumpa yang sesuai. Kalau dah tiba masanya, saya percaya Allah akan temukan dengan orang yang tepat.
“Tak semua orang kahwin awal, tak semua orang lambat. Saya ikut timeline sendiri, apa yang penting saya terus berusaha,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain Syahir kini sibuk menjalani penggambaran drama Impiana dan Perempuan Tak Ternikah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


